Ia disebabkan pendedahan Mantan Menteri Kewangan Malaysia di sidang Parlimen bahawa angka-angka melibatkan kewangan dan ekonomi oleh Perdana Menteri sepanjangan 2008 adalah muslihat dan tidak berasas dan tidak cepat mentadbir ekonomi. Pelabur tidak mempercayai pentadbiran Malaysia sekarang.
Amnya mata Index BSKL menunjukkan apa yang akan berlaku 6 bulan dari sekarang. Ia bermaksud ekonomi Malaysia yang akan berlaku dari Disember 2008 hingga June 2009 adalah kearah 'kemuflisan' Malaysia. Malah Menteri Kewangan takut membahaskan 'Bajet 2009' di Parlimen. Kalangan ekonomis BN ketawa bila mendapat maklumat di USA dan Britian syarikat gergasi di' bill-out' oleh pemerintah. Mereka pula akan menanggis selepas ini bila 'komisyen' mereka sudah tiada.
Dengan nada selamba seorang teman AMK Johor berkata, " Anwar tak perlu rebahkan BN tergesa-gesa untuk jadi cara Perdana Menteri kerana Menteri kewangan dan Gabenor Bank Negara dah takde cek untuk disain.... depa akan serah jawatan itu dengan berkata kononnya Anwar membeli MP... "
Kepada rakyat johor amnya pendokong PKR dan PR, kami menyeru agar kita menumpukan usaha-niaga hiliran sementara Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat restu Yang Di-Pertuan Agong untuk untuk menjadi PM bagi menjanakan ekonomi Malaysa ke arah kegemilangan.
Nota Khas Bendahari AMK Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan