Selasa, 7 Oktober 2008

ISU POTRAIT DSAI : PENJELASAN KETUA AMK JOHOR

Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan DUN Batu Caves YB Amiruddin shari dan belaiu juga Ketua AMK Johor, dinaikkan pada 28 Sept 2008 bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang. Beliau berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu.
"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. "Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut. "Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan,"

"Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin ada pihak menganggapnya sebagai patung. "Saya hormat pandangan beliau (Mufti Perlis), tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."Selain beliau, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah,, S Manikavasagam dan William Leong.

Menurut Ketua AMK Johor lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya. Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga Ahli Parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.

Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya."Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu," katanya, sambil ketawa. Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.

Tiada ulasan: