Rabu, 22 Oktober 2008

KG. PLENTONG TENGAH : AMK JOHOR BERSAMAMU II

Kami mengucapkan terima kasih kepada PKR Pusat yang mengambil berat masalah yang dihadapai penduduk kampung tersebut. AMK Johor amat terharu atas MP kita yang bertungkus lumus memperjuangkan nasib mereka pada sidang dewan hari ini dan sebelumnya.
Kami berharap nasib mereka terbela. Dalam kami berhadapan dengan pihak melampaui kuasa , kami berharap janganlah ada pihak menangguk di air keruh. Kacau bilau AMK dibuatnya.
Wanita Johor susun jentera mereka, Perhubungan Negeri berganding bahu. AMK dengan lumrahnya menjadi benteng dengan semangat perjuangan. Sejak Program Sumpah Keramat, Black-14 dan lain-lain. AMK acapkali dipersalahkan. Yang salah AMK, yang degil AMK yang penat juga AMK.
AMK melahirkan rasa dukacita setiap kali program dijalankan ada sahaja individu yang menarik diri dalam parti, ada sahaja invidu meletakkan jawatan. Kami rasa sudah sampai waktunya. Perhubungan, Wanita dan Bahagian, mereka mengerakkan jentera mereka sendiri.
Jika ada yang berpendapat publisiti itu sangat penting. Gerakkanlah 'diri sendiri'. Kami AMK seperti lumrahnya , AMK tiada cita-cita politik untuk menjadi wakil rakyat. Publisiti tidak penting bagi kami.

Kata orang tua-tua... sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan. Parti ibarat bini.... AMK Johor mendapat maklumat bahawa terdapat AJK AMK bahagian akan dan telah berpindah Bahagian kerana bosan kerap dkerah dan ditegur. Penulis berharap agar yang luka tidak menjadi barah.

Tiada ulasan: