Isnin, 6 Oktober 2008

PEMACU GEMILANG BANGSA

Selamat Hari Raya Eidul Fitri.
Dalam kehangatan kami menyambut Syawal yang mulia. Dan telah Allah sebutkan sebagai bulan bermaaf-maafan dan mulia. Adalah sangat perlu kita saling memberbaiki diri dari terus lari dari bermusuhan.

Dengan semangat persaudaran, sudah sampai kita membentuk kepimpinan yang lebih jitu dan mantap. Seringkali kta dengar diceramah, meja perbahasah yang kita asyik memburukkan, mencaci, mengumpat, mengeji dan dan sebagainya kepada mereka yang dikelompok UMNO dan Barisan Nasional.

Di Negeri pentabdiran Pakatan Rakyat apa kurangannya kelemahannya. Ia berlaku kerana kita asyik mengata orang lain. Hingga keburukan sendiri tidak diperbaiki.

Jika disana ada rasuah, Disini puan ada yang dipecat.
Jika disana ada Masjid dan Kuil diganggu, Disini pun ada diceroboh.
Jika disana ada rebutan kuasa. Disini asyik bergolak dengan jawatan.
dan lihatlah seterusnya nanti.....

Bagaimana kita nak mentadbir Malaysia, baru diperingkat Bahagaian dan Negeri dah bercelaru.

Jadi, telah sampai tikanya. Bentuk pasukan yang gemilang dengan kesatuan pemikiran dan tenaga. Mereka telah pun tewas, usah dihina dikeji lagi. Bak kata pepatah mereka hanya' retah menunggu belah' sahaja. Mari rapatkan permasalahan dimeja rundingan.

Ayuh para rakan dan para sahabat, berfikir dengan kewarasan. Bersalamanlah kita dan bentuk persepakatan dan pasukan. Ekonomi kita bukan berlandas rasuah, percakapan kita bukan untuk mengeji bangsa sendiri, langkah kita jangan ditiru yang telah rebah.

Kita semua adalah sama tetapi wawasan kita berbeza demi kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara yang bermaruah.

Tiada ulasan: