Khamis, 9 Oktober 2008

PERDANA MENTERI, NAJIB ,MALAYSIA DAN KUDA GILA HITAM

Apabila Abdullah Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO, maka sudah semestinya jawapannya Perdana Menteri Malaysia akan dikosongkan.
Jika jawatan Timbalan Presiden, Naib, MT, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri terdapat KUDA-KUDA HITAM. Maka tidak mustahil jawatan tersebut tidak ada Kuda Gila Hitam akan muncul. Kelihatan Najib seperti lega untuk jadi PM dalam keadaan selesa. Mungkin beliau tidak tahu bahawa 5 bulan tu seperti dalam penjara selama 50 tahun.
Sudah pastinya banyak pekara titik-titik hitam tercatat dalam politik Barisan Nasional dalam masa tersebut. Faktor kerakusan dalam BN dan UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi. Mereka merasakan 'Komplek Putrajaya' menyimpan banyak khazanah untuk dijadikan hakmilik keturunannya. Jawatan-jawatan tidak bergaji itu adalah lesen bagi mereka untuk 'mencari rezeki' yang kononnya halal.
Dengan iltizam yang jitu, Kami AMK Johor mengharapkan semua rakyat Malaysia meneruskan usaha menguatkan ekonomi sendiri kerana pimpinan Negara hanya mementingkan diri sendiri.

Ayuh tegakkan kebenaran dan hapuskan kebatilan.

Tiada ulasan: