Isnin, 10 November 2008
Azlina Othman : Sumpahan Felda Semenchu
Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2008 hadiah RM1 juta. Banyak yang telah lupa atau sakit hati atas anugerah itu. Hadiah itu wajar kerana Semenchu berada di Parlimen Penggerang. Dan pertandingan itu dikelolakan oleh KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN
Ada juga penduduk Felda Semenchu mempertikaikan dari mana datangnya duit untuk menghias kampung mereka dan siapa juri bagi pertandingan tersebut ? Ianya telah berlaku. Walaupun menang dengan 'tangan ajaib' sebagai Ketua UMNO Bahagian Penggerang dan Ahli Parlimen Pengerang ia bukan jalan mudah untuknya.
Terbukti sudah segala taktik kotor pada semua kemenangan itu menjadi sumpahan kearah kegagalannya. 'Gah' hanya di Penggerang tetapi Wanita UMNO menolaknya.
AMK Johor menghimpun segala butiran ini. Dengan 'Black Belt' yang beliau ada belum tentu kemana selepas ini !!
Kepada Azlina, jangan bimbang kerana AMK Johor tiada 'petrol' untuk ke BPR. Saudari tahu dimana maruah diri sendiri.
Ada juga penduduk Felda Semenchu mempertikaikan dari mana datangnya duit untuk menghias kampung mereka dan siapa juri bagi pertandingan tersebut ? Ianya telah berlaku. Walaupun menang dengan 'tangan ajaib' sebagai Ketua UMNO Bahagian Penggerang dan Ahli Parlimen Pengerang ia bukan jalan mudah untuknya.
Terbukti sudah segala taktik kotor pada semua kemenangan itu menjadi sumpahan kearah kegagalannya. 'Gah' hanya di Penggerang tetapi Wanita UMNO menolaknya.
AMK Johor menghimpun segala butiran ini. Dengan 'Black Belt' yang beliau ada belum tentu kemana selepas ini !!
Kepada Azlina, jangan bimbang kerana AMK Johor tiada 'petrol' untuk ke BPR. Saudari tahu dimana maruah diri sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Reformasi
Aku amat tertarik dengan artikel berkaitan "Kampung sejuta ringgit" yang boleh dianggap unik seantero dunia hari ini.
Entah macam mana "Semenchu" yang satu ketika dulu pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi masyarakat dan pemimpin boleh dinobatkan sbgai "Kampung Paling Ceria 2008". Sebagai anak watan yang lahir dan dibesarkan dibawah rumpun pepohon kelapa sawit, aku langsung tidak patut berbangga dengan kemenangan ini. Mungkin kerana aku lahir bukan dari kalangan "Generasi Pencacai atau pembodek" tok ketua & pemimpin felda sejak dulu lagi. Namun inilah hakikatnya. Perjuangan pemimpin Umno/BN yang bersikap pemurah tatkala harga diri semakin parah.
Jangan mereka ingat dengan memberi gula-gula berharga jutaan ringgit seumpama ini, segala kesalahan dan kejahatan mereka boleh terhapus. Apa untungnya merompak duit warga tua di Semenchu untuk menghias kawasan rumah sedangkan kemudahan asas yang WAJIB Disediakan oleh Kerajaan Umno/BN langsung tidak diambil kira? Tengok saja dipersimpangan masuk jalan ke Semanchu ssejak 51 tahun dahulu hingga ke hari ini. Gelap gelita tanpa cahaya. Hinggakan satu ketika dahulu aku sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu di persimpangan jalan masuk ke Semenchu apabila terjadinya kemalangan jalan raya yang 70 peratus telah meragut nyawa manusia. Inilah kebanggan dan permintaan pemimpin Umno/BN termasuklah Tok Ketua Kampung yang semakin boncit tu. Maaf ya, aku bukannya jenis manusia yang bongkak, bodoh sombong, rakus dan jahil dalam melebalkan manusia lain. Tapi inilah kebenaran yang harus disusuli dengan keADILan.
Cerita "Lampu gelap bersubsidi" ini bukanlah cerita baru disini, malah setiap peserta yang mengikuti program "Homstay" di Semenchu selama ini, pasti cerita ini akan menjadi halua mulut untuk diperkatakan sepanjang perjalanan. Tak cukup dengan kegelapan itu, kondisi jalan masuk ke "Kampung Sejuta Ringgit" ini juga langsung tidak mencerminkan kelayakkan untuk bertanding. Apa guna ada menteri yang kononnya membantu mempromosikan kampung dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk, sedangkan prasarana yang ada tidak setimpal dengan programnya? BukanKah lebih baik bawak je pelancung-pelancung yang nak bercuti ke dalam hutan @ di pondok-pondok rehat dalam kebun sawit, dah tentu-tentu kondisi jalan-jalannya bersesuaian dengan tempat percutian mereka.
Mungkin kerana kuasa "Black belt" Kak Menteri ini, MYR1 juta patut dimenangi oleh Semenchu pada tahun ini tanpa mengambil kira kemudahan dan keberkesanan program-program pelancungan ini kepada penduduk setempat. Panggillah berjuta orang pelancung masuk ke Felda Semenchu dan kerahlah habis-habisan kuderat warga tua yang semakin uzur itu demi kepentingan dan keagungan port folio kak menteri ini, nescaya satu hari nanti bakal ada pelancung yang akan mengambil kesempatan diatas keuzuran warga tua ini dengan siri-siri penipuan, penindasan dan apa jua bentuk perang saraf yang boleh merosakkan keharmonian bangsa melayu. Kemana perginya "Duit tol" yang dibayar oleh pelancung-pelancung ini kalau tidak ke dalam tabung kak Menteri. Apa yang penduduk dapat bila pelancung-pelancung ini berkampung di semenchu selama ini? Cukup ke elaun sara hidup dan "Insentif Homestay" bagi mereka yang terpilih selama ini menampung perbelanjaan seharian dengan kesan bebanan perbelanjaan dan harga barang yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga runcit di bandar.
Aduh!!!!! bagai sudah jatuh ditimpa tangga warga felda hari ini. Dahla makan pun bercatu, hasil kebun belum menjadi. harga barang mahal, kemudahan asas tak sempurna, penyelewengan kepimpinan berleluasa... tup tup kana terima pulak pelancung luar sebagai "Anak angkat" untuk dibela. Apakah kesudahan hidup mereka hari esok pun aku tak pasti. Begitu juga dengan nasib orang tua aku yang masih hidup dibawah penipuan bangsa sendiri di Semenchu hari ini. Sedih dan sebak bila teringatkan detik-detik keletihan mak aku sewaktu mengecat pasu bunga keliling rumah kerana terpaksa akur dengan arahan tok ketua dan Kak Menteri demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Alhamdulillah, berbaloi juga usaha mak aku kan... tapi berbaloi ke kepada aku???
Jangan hukum atau labelkan aku dengan gelaran "Anak yang tak tau diuntung @ tak bersyukur @ apa jua gelaran yang mungkin sedap didengar tapi pahit untuk ditelan" kerana aku memang lahir sebagai insan yang sebtiasa mencari keADILan dalam hidup. Buat seluruh warga "Kampung Sejuta Ringgit Semenchu" aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kemenangan ini, buat Tok Ketua dan Kak menteri pulak.... "Time is enough" utk korang menggula-gulakan rakyat dengan janji kosong selama ini. Kalau pernigaan & koperasi Semenchu boleh rebah sebelum ini, apatahlagi warga felda yang kerdil itu. Hentikan pembohongan, penindasan, penyelewengan dan kerakusan kamu sebelum suara rakyat bangkit mencari kebenaran disebalik kemenangan...
"Salam Reformasi" (^_^)
Catat Ulasan