Khamis, 6 November 2008

BAJET/PERUNTUKAN FATAMORGANA/MIRAJ 2009 NAJIB

PARLIMEN: Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan RM7 bilion untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Najib Razak semalam DIBATALKAN. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan.


Al-Maklumlah... Mungkin kerana terlalu gahirah untuk menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian serta kepakaran beliau kepada rakyat Malaysia sehingga dia terlupa peraturan2 mesyuarat. Masih yakinkah rakyat Malaysia kepada Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan yang bijaksana ini untuk terus memacu ekonomi negara???? Dan pagi tadi dalam segmen Akhbar Hari Ini di RTM 1 yang bertajuk "JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH" merujuk kepada tindakan MP Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Parlimen pada penggulungan Bajet 2009 tempohari, saya rasa ada baiknya pengulas mengulas tentang KEBIJAKSANAAN bakal Perdana Menteri (kununnya) mengenai Peruntukan Fatamorgananya agar rakyat dapat tahu kebijaksanaan pemimipinnya.

Pandai sangat....

Tiada ulasan: