- Kerajaan Johor/Malaysia membekal air kepada Kerajaan Singapura sebanyak 250,000,000 (Dua Ratus Lima Puluh Juta) gelen air sehari selama 100 tahun
- Kerajaan Johor/Malaysia mesti menjual air mentah yang belum diproses dengan kadar 3 sen (RM0.03) bagi setiap 1000 gelen
- Kerajaan Johor/Malaysia mesti membeli semula air yang telah siap diproses dan dirawat dengan kadar 50 sen (RM0.50) untuk setiap 1000 gelen (pergh…. untung besar mcm nie punya bisnes)
- Ini juga bermakna perolehan Kerajaan Johor/Malaysia hasil penjualan air mentah tersebut kira-kira RM7,500.00/sehari. Manakala perbelanjaan untuk mendapatkan air yang siap diproses adalah sebanyak RM120,000.00/sehari (tu dia…. ni kepala bijak orang UMNO berniaga)
- Selain untuk kegunaan penduduknya, Kerajaan Singapura boleh menjual air yang telah diproses tersebut kepada kapal-kapal dagang yang berlabuh di pelabuhannya dengan kadar RM30.00 bagi setiap 1,000 gelen. Dan jika dalam sehari, sejumlah 1,000,000 gelen air terjual, maka Kerajaan Singapura akan memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM20,000.00/sehari
- Ini juga bermakna dalam sehari untuk selama 100 tahun, Kerajaan Singapura membelanjakan RM7,500.00 sebagai modal membeli air mentah daripada Kerajaan Johor/Malaysia dan memperolehi untung sebanyak kira-kira RM140,000.00 sehari selama 100 tahun. Keuntungan hampir 2000% dan dalam sebulan Kerajaan Singapura meraih keuntungan sebanyak RM4,200,000.00. Tu belum kira setahun…. 10 tahun… 30 tahun…. 100 tahun…. Berapa banyak Kerajaan Singapura untung, kau kiralah sendiri…. (Kau bayangkan… pandai tak kepala otak Lee Kuan Yew)
- Selepas 30 tahun (1991) barulah Kerajaan Johor/Malaysia minta harga air disemak semula (mungkin dah sedar keputusan kurang bijak pemimpin dahulu merugikan). Akan tetapi ianya di tolak dengan alasan yang lemah dan BO***. Semasa perjanjian dibuat kenapa Kerajaan Johor/Malaysia tidak mintak harga air disemak setiap 25 tahun (1986) dan Kerajaan Johor/Malaysia terus Kalah, Beralah dan Mengalah…. Hmmmhm
Kesimpulannya :-
(1) 1961 & 1962 - Akibat kelemahan Perjanjian Air oleh Kerajaan UMNO/BN, kita kerugian berbilion ringgit untuk tempoh 100 tahun
(2) 2007 - Akibat kelemahan Perjanjian WPI, kita bakal kehilangan tanah, aset dan Kuasa Pentadbiran Penuh di sebahagian Wilayah kita untuk selamanya
(3) Di mata Kerajaan Singapura, Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN dari DULU, KINI DAN SELAMANYA lemah, lembik, tidak tegas dan senang dibuli dan diperlekehkan. Kerajaan yang sentiasa kalah, beralah dan mengalah serta tewas dan kecundang dalam apa jua persaingan
(4) DULU, KINI DAN SELAMANYA, Kepimpinan Kerajaan UMNO/BN lemah dan gagal mengutamakan kepentingan rakyat dan Negara sebelum menandatangani sesuatu perjanjian. (Kenapa ekkk…..) Contohnya PLUS, AFTA, FTA selain Air dan WPI.
(5) Apakah kita yang mulai sedar akan kelemahan dan kebobrokkan pentadbiran dan kepimpinan UMNO/BN akan terus membenarkan mereka terus kekal berkuasa??? (Lu fikir la sendiri……)
(6) Jangan sampai ‘Anak Cucu Kita Kencingkan Kubur Kita’ akibat kesilapan yang kita lakukan sekarang
Marilah kita sama-sama renungkan dan kita membuat satu perubahan ke arah yang lebih baik
Naib(I) Ketua AMK Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan