Pada 23 Oktober 2008 lalu, PEWARIS dan PEKIDA membuat demontrasi menyokong Kerajaan agar mengekalkan ISA. Dan mereka2 ini mengadakan forum dan bersetuju dan menyokong ISA ini di kekalkan. Dengan segak berpakaian ala Pendekar Melayu (sekali pandang mcm pengantin expired) yang menetang penjajahan Inggeris, layaklah mereka digelar Pendekar Melayu Zaman Moden. Siap cium keris. Macam betul2 nak berpencak silat, nak bertikam. Dengan sapa??? Dengan YB Terresa Kok..... Kok mcm tu....
Rabu, 26 November 2008
TEGURAN UNTUK PEWARIS DAN PEKIDA
Pada 23 Oktober 2008 lalu, PEWARIS dan PEKIDA membuat demontrasi menyokong Kerajaan agar mengekalkan ISA. Dan mereka2 ini mengadakan forum dan bersetuju dan menyokong ISA ini di kekalkan. Dengan segak berpakaian ala Pendekar Melayu (sekali pandang mcm pengantin expired) yang menetang penjajahan Inggeris, layaklah mereka digelar Pendekar Melayu Zaman Moden. Siap cium keris. Macam betul2 nak berpencak silat, nak bertikam. Dengan sapa??? Dengan YB Terresa Kok..... Kok mcm tu....
Bukan hendak menidakkan kebolehan ayahanda, abang long, abang ngah, tok cik dan ntah apa-apa lagi tapi kalau kau orang bangkit dalam setiap isu yang membabitkan islam/melayu mungkin aku juga akan menyokong korang tapi apa yang aku nampak hanyalah lebih kepada perkauman. Tak nampak pun kau menyokong Islam sepenuhnya. Sian aku tengok asoh tu yang kau ligan sampai terkangkang-kangkang. Semasa isu pemimpin UMNO/BN mempersendakan hukum hudud korang kat mana??? Korang takut dengan ALLAH atau takut dengan Mahatir time tu. Korang double standard. Dalam memperjuangkan Islam pun nak double standard. Sokong Pembangkang walaupun benar itu tak boleh tapi sokong kerajaan walaupun salah itu boleh. Apa barang.....
Golongan yang cerdik pandai dalam PEWARIS dan PEKIDA ni pun satu hal. Apa tujuan korang menyokong ISA. Korang belum pernah ditahan ISA atau paling koman duduk lokap. Karpal Singh yang garang tu pun menanggis dalam tahanan... Aku mendoakan agar ada diantara korang atau anak cucu korang ditahan ISA. Aku nak tengok muka korang mcm mana... Apa perasaan korang time tu. Aku ingat korang siap bertanjak segala tapi bawak bazooooka penaka then serang KDN.
Apa pun aku nak ucapkan TAHNIAH pada group PEWARIS dan PEKIDA nie kerana buat orang lain sedikit gementar dalam mempersoalkan hukum hakam Islam dan adat orang melayu.
Aku pun nak menegur YB2/orang2 bukan Islam dan bukan melayu... Kami faham dan kami tahu anda mempunyai ramai YB di DUN ataupun Parlimen. Tapi ini tak bermakna kamu boleh sentuh semua isu apatah lagi isu yang membabitkan Agama Islam dan adat istiadat orang melayu sebab kami penduduk majoriti di Malaysia tidak pernah mempertikaikan adat istiadat bangsa kamu dan apa juga upacara keagamaan kamu. Jika fatwa dikeluarkan ianya hanya untuk orang Islam bukan untuk agama lain akan tetapi jika kamu nak follow apa yang telah difatwakan itu adalah hak kamu dan kami mengalu-alukan.
p/s Majlis FATWA kenalah tegas dalam hukum-hakam ni. Fatwakan yang pakai tudung tapi nampak jambul tu haram sebab mempersendakan agama Islam. Berkata benar walaupun pahit.... sekadar pandangan..
Wak Sabar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan