Isnin, 22 Disember 2008

DEMONSTRASI... SELESAIKAH MASALAH

Sekadar pandangan dan renungan bersama....

AMK Johor berpandangan dalam isu demonstrasi untuk menegur kepimpinan negeri pakatan rakyat dirasakan kurang elok dan kurang bijak. Ini akan mendedahkan kelemahan ukuwah dalam Pakatan Rakyat. Semua orang harus sedar bagaimana dan betapa susahnya kepimpinan kita menyatukan 3 parti walau berbeza ideologi dan pendapat. Semua ahli tidak kira PKR, PAS atau DAP mesti menyelesaikan sesuatu isu melalui musyawarah bukan demontrasi. Kita bukan Pakistan, India, Thailand atau Indonesia.

Kita dalam sesebuah pentadbiran negeri perlu menganggap Ketua Menteri/Menteri Besar sebagai "Bapa" kita dalam sebuah keluarga. Apakah perlu kita ajak orang kampung berdemonstrasi untuk menegur bapa kita. Kan ada baiknya kita ajak bapa kita berunding dulu. Jika bapa kita masih berdegil maka kita rujuk perkara ini kepada mereka yang lebih arif dalam sesuatu hal seperti Tok Imam atau Ketua Kampung. Biar mereka menyelesaikan perkara ini dan mereka sudah tentu ada cara untuk menyelesaikan kekusutan ini.

Ketua Menteri/Menteri Besar pula harus peka dan bertindak segera menyelesaikan isu2 ini sebelum ianya melarat. AMK Johor melihat cara demonstrasi ini boleh merenggangkan hubungan antara parti. Berundinglah. YAB Lim Guan Eng, YAB Dato' Seri Azizan, YAB Tan Sri Khalid, YAB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar dan YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz pun tidak suka cara demonstrasi ini bagi menegur kepimpinan Negeri. Suka ke ahli DAP jika ahli PAS/PKR berdemonstrasi menegur Ketua Menteri Pulau Pinang. Suka ke ahli PKR jika ahli PAS/DAP berdemonstrasi menegur Menteri Besar Selangor atau suka ke ahli PAS jika ahli PKR/DAP berdemonstrasi menegur Menteri Besar Kelantan/Kedah/Perak. Bermusyawarahlah dengan bijaksana untuk menyelesaikan masalah keluarga Pakatan Rakyat.

Mungkin ini pandangan yang kolot dari AMK Johor tapi minta teman-teman di 5 negeri tadbiran Pakatan Rakyat memikirkan idea kolot ini. Rakyat pun mungkin bosan dan kurang bersetuju dengan cara demonstrasi ini. Yang bersetuju hanyalah segelintir ahli kita. Macamana kita nak tarik pengundi baru dengan cara kita ini.... Mari kita fikirkan bersama...

Tiada ulasan: