Sabtu, 27 Disember 2008

PEMIMPIN HEBAT vs PEMIMPIN JUMUD

Bila kita memperkatakan mengenai kepimpinan seseorang pemimpin yang mesti dilihat ialah corak pemikirannya. Ia adalah faktor utama bagi menetukan hala tuju organisasi pimpinannya. Lemah atau kuat sebuah organisasi bergantung kepada cara kepimpinannya. Itu yang membezakan pemimpin dgn pengikut. Pemimpin mesti mempunyai pemikiran yang kreatif bukan pasif. Inilah yang membezakan antara Pemikiran Pemimpin Hebat (Great Mind) dan Pemikiran Pemimpin Jumud (Orthodox)....

Pemikiran Pemimpin Hebat

Amat kurang pemimpin yang mempunyai pemikiran kepimpinan yang hebat. Pemimpin yang mampu memberi kesan positif yang besar keatas organisasi yang dipimpinnya. Antara ciri-ciri pemimpin hebat adalah....

(a) Pemikirannya melangkaui zamannya serta luas pemikirannya
(b) Berfikiran jauh menuju masa depan dgn misi dan visi yang sukar dicapai oleh mereka yang berfikiran tertutup
(c) Membawa perubahan besar dalam halatuju sesebuah organisasi. Dasar dan wawasannya membawa impak kepada ekonomi, sosial dan peradaban institusi itu
(d) Mempunyai falsafah yang kukuh menjayakan misinya
(e) Tidak mudah mengikut telunjuk orang lain

Pemikiran Pemimpin Jumud

Pemimpin beginilah yang paling ramai sekali. Kepimpinannya akan meruntuhkan organisasi pada akhirnya. Antara ciri-cirinya........

(a) Kering dan tandus dengan idea, gagasan dan wawasannya
(b) Mewarisi tradisi pemimpin terdahulu. Tidak berani ambik risiko melakukan perubahan kerana takut dipersalahkan, tidak popular dan hilang sokongan
(c) Tidak mampu berfikiran jauh. Cukup selesa berada di dalam Zon jumudnya
(d) Hanya fokus membina kekuatan diri dan pengaruh dari memikirkan halatuju organisasi yang dipimpiannya
(e) Benci pada kritikan, persaingan dan perlawanan. Sentiasa cuba menjatuhkan pesaingnya...
(f) Dalam keadaan tertentu, hanya bersetuju, mengiakan dan menyokong demi menjaga kedudukan jawatan
(g) Lambat bertindakbalas dalam situasi dan perubahan yang berlaku disekelilingnya. Payah menerima buah fikiran, saranan dan cadangan orang lain

Sebagai kesimpulan dari perbezaan 2 kepimpinan diatas jelas menunjukan bahawa seorang individu yang bergelar pemimpin yang efektif dan efisian mesti mengamalkan sikap "cakap dan buat" bukan "cakap tak serupa bikin". Meminjam kata-kata Che'gu Bard "Pejuangan adalah perlaksanaan kata-kata". Perlu diingatkan bahawa apa juga organisasi yang dipimpin samada dalam organisasi kekeluargaan atau pemimpin masyarakat diperingkat cawangan, bahagian, negeri hatta negara sekalipun, pemimpin tersebut datang dengan tanggungjawap. Terlaksanakah atau tertanggungkah tanggungjawap tersebut adalah atas kebijaksanaan pemimpin tersebut. Pemimpin perlu "peka" bukan "pekak" mendengar suara dan hasrat pengikut atau orang bawahan. Pemimpin harus membentuk pemikiran kritis dan hebat sedari awal bagi membentuk halatuju organisasinya ke arah kecemerlangan. Renung2kan lah kita berada dikategori mana.....

Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor

Tiada ulasan: