Rabu, 10 Disember 2008

SERPIHAN PRM DI JOHOR... KENAPA DAN MENGAPA

Umum telah mengetahui bahawa Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah bergabung demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan kekuatan sebagai parti politik di Malaysia. Maka ujudlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden PRM iaitu Prof. Dr. Syed Hussein Ali kini menjadi Timbalan Presiden (PKR). Akan tetapi kami sering tertanya-tanya dan sering bertanya-tanya kenapa Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang masih lagi wujud di Negeri Johor ini. Bukan untuk menidakkan kewujudan parti ini lebih awal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan tetapi semacam ada yang tidak kena semasa penggabungan di peringkat Negeri Johor kalau tidak masakan Hasan Karim, S.K. Song dan beberapa pimpinannya masih setia bersama PRM. Polemik ini memberikan satu gambaran yang kurang sihat di dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan negara. Kita lihat keputusan pada PRU-12 di N45 Stulang :-

1. Mok Chek Hou (BN) (16,273 undi)
2. Song Sing Kwee (PRM) (2,198 undi)
3. Norman Fernandez (DAP) (10,092 undi)

Jika kita selidiki, jumlah undi calon PRM dan DAP jika dicampurkan, majoriti kemenangan calon BN sekadar 3,983 undi. Ini mungkin kerana ada pertandingan 3 penjuru dan pengundi berasa "confuse". Akan tetapi jika 2 kekuatan, jentera, tenaga dan juga idea kedua pemimpin ini digabungkan dengan satu tujuan untuk menumbangkan Kerajaan UMNO/BN di Johor, kami yakin dan percaya, bukan setakat mengecilkan lagi majoriti itu bahkan Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi satu lagi kerusi di Negeri Johor ini.
Apakah ada isu/perkara yang masih belum selesai ketika perbincangan mengenai penyatuan PRM dan PKN??? Apakah ada tok dalang yang cuba bermain wayang kulit dalam isu ini sehingga kepimpinan PRM masih setia bersama PRMnya???? Apakah keegoan pemimpin atau idealogi parti itu lebih penting dari matlamat untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN???? Rakyat sedia menghadapi apa jua dugaan demi mempertahankan pemimpin yang mereka tetapi kenapa ada sebilangan pemimpin lebih mementingkan egois mereka.
Jika PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya mahu menawan Negeri Johor, isu yang dibangkitkan ini harus diselesaikan. Samada Perhubungan Negeri atau Pimpinan Pusat haruslah segera menyelesaikan kemelut ini agar ianya tidak berpanjangan. Jika ianya berterusan dan menjadi barah, sukar untuk generasi akan datang menyembuhkannya.
Kami amat berharap perkara ini akan mendapat perhatian serius dari Pimpinan Negeri atau pun Pusat sekiranya ingin menumbangkan Kerajaan UMNO/BN di Negeri Johor ini.
Sehubungan dengan itu, kami amat berharap, maklumat lanjut dari pembaca yang mengetahui isu sebenar permasalahan ini agar kita dapat menyelesaikan isu ini bersama. Bukan untuk mencari silap siapa tetapi kita hendak menyelidiki punca kesilapan agar ianya dapat diperbetulkan.

Tiada ulasan: