Isnin, 5 Januari 2009
ALAHAI... UMNO/BN
Bilamana tersebar berita mengatakan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula retak di media-media arus perdana yang menjadi balaci kepada kerajaan umno/bn, maka pimpinan umno/bn terus menyerang Pakatan Rakyat dari setiap sudut mengata itu dan ini. Terutama bakal perdana menteri (sedang menghitung hari untuk jadi PM....) dalam ulasannya mengatakan bahawa tidak mungkin DAP, PAS dan PKR mendapat kesepakatan dalam mentadbir sesebuah negeri kerana berlainan idealogi. Hanya kerajaan umno/bn sahaja yang mampu mentadbir dengan baik.
Mungkin Tuk Jib kureng sedar bahawa kesepakatan dalam bn yang ujud di muka bumi ini lebih dari 40 tahun juga mempunyai masalah apatah lagi selepas PRU-12. Masing-masing menuding jari menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca kemerosotan prestasi umno/bn. Bahkan dalam umno sendiri pun dah nampak kucar kacir dan dikuatkan lagi dengan keluarnya Ketua Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim dan menyertai Pakatan Rakyat. Tu belum kira lagi komen-komen dan sindiran pimpinan komponen bn terhadap pimpinan umno.
Itu pakatan yang dah terujud dan berkejasama lebih 40 tahun pun masih bercakaran dan bergelora, inikan pula Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung (setahun pun tak sampai....) berkerjasama hasil persefahaman pimpinan tertinggi parti. Berbeza pendapat dan idealogi adalah adat tapi sejauh mana kebijaksanaan pimpinan menyelesaikan kekusutan itu adalah penting. Kami yakin kepimpinan PAS, DAP dan PKR dapat menyelesaikan kerumitan ini dengan penuh ilmiah dan bijaksana.
Kasihan Datuk Zahar yang sekarang dianggap Penghulu Kg Bunian sebab ujudnya cawangan bunian. Yang pelik masa Datuk Zahar masih menjawat Ketua umno Bhgn tak timbul pulak bunian-bunian ni tapi selepas Datuk Zahar menyertai PAS maka keluarlah cawangan2 bunian ni. Apakah umno menghalalkan cara bilamana mereka2 ini mengikut telunjuk pemimpin tertinggi dan bila mereka menetang maka sebaliknya akan berlaku....???
Atau isu eurocopter menjadi persoalan........????
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan