Selasa, 27 Januari 2009
BILA TAJOL MERAPU.....
Sejurus YB Dato' Nasarudin menyertai PKR, bekas menteri besar seolah-olah seperti hilang punca dan pertimbangan... cakap merapu. Lari dari tajuk.... Dan semalam beliau merapu lagi tapi kali ini agak lembut sedikit. Beliau meminta YB Nasaruddin berfikir semasak-masaknya dan kembali kepada UMNO setelah keluarnya berita mengatakan bahawa ada 3 lagi YB akan turut menyertai PKR...
Penyertaan YB Nasaruddin ke dalam PKR menggambarkan masa depan UMNO negeri itu yang semakin hilang 'taring' akibat kurangnya keyakinan rakyat kepada kepimpinan UMNO negeri. Dalam hal ini, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tuan Tajol dilihat adalah orang yang paling bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Isu ini juga mengingatkan saya kembali kepada adinda Tuan Tajol ini yang pernah menjadi Naib Canselor UTM yang mana graf atau gred UTM menurun secara mendadak. Ini disebabkan adinda beliau ini dilihat lebih menumpang populariti cendikiawan UTM dan kurang bertanggungjawab. Ia amat berbeza dengan Naib Canselor sekarang iaitu Datuk Profesor Zaini Ujang yang dilihat lebih bervisi dan mudah didekati olah pelajar atau staf universiti itu sendiri.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan