Rabu, 7 Januari 2009
BILA X-PM KATA JANGAN UNDI WAN FARID
Bilamana Mantan Perdana Menteri yang melabelkan Wan Farid sebagai proksi Perdana Menteri ini menunjukkan keraguan beliau kepada calon UMNO pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Beliau mengibaratkan Wan Farid boleh dipergunakan oleh Abdullah Badawi atau pun Khairy setelah Najib Menjadi Perdana Menteri kelak.
Berbeza dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS YB Abdul Wahid Endut yang mendapat sokongan penuh pimpinan Pakatan Rakyat juga penyokong dan mungkin juga pengundi di Kuala Terengganu. Dengan sokongan lebih dari 30,000 penyokong yang datang pada hari penamaan calon seolah-olah mengambarkan gelombang di Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu. AMK Johor pasti akan ke Kuala Terengganu bagi membantu memperhebatkan lagi kempen agar kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Untuk rekod, Wan Ahmad Farid amat rapat dengan Abdullah Badawi. Wan Ahmad Farid sendiri pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Berkemungkinan Najib yang terdesak untuk menang dalam pilhanraya kecil ini kerana inilah petunjuk jatuh bangun UMNO/BN dan beliau juga bakal pengganti Abdullah untuk jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac ini maka beliau tiada pilihan selain mencalonkan Wan Farid sebagai calon UMNO/BN pada PRK Kuala Terengganu ini.
Pelbagai skandal Najib dan isu yang melibatkan Abang Wan Farid berkemungkinan besar akan membuatkan pengundi atas pagar akan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Bahkan isteri Najib, Rosmah Mansor turut tidak disukai oleh ramai orang termasuk orang-orang di dalam UMNO.
Jadi berfikirlah wahai pengundi Kuala Terengganu agar tidak tersilap pilih. Bukan setakat pengundi di Kuala Terengganu bahkan pembaca blog ini yang masih duduk dalam UMNO/BN, fikirkanlah sebaiknya, adakah anda akan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri??? Pelbagai skandal Najib sebenarnya memberi kepayahan kepada penyokong UMNO/BN bahkan pimpinan UMNO di peringkat Bahagian/Cawangan meragui sumpah Najib bagi menafikan keterlibatan beliau dalam isu pembunuhan Altantuya....

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan