Jumaat, 30 Januari 2009

ISKANDAR MALAYSIA (BHGN. 3)

Pendedahan mengenai beberapa persoalan yang timbul disebalik Pembangunan Iskandar Malaysia hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah kami dedahkan dalam Iskandar Malaysia (Bhgn. 1 dan 2) dan kali ini kami menyentuh isu pemilikan hartanah oleh warganegara asing. Antaranya adalah :-

1) Pemilikan Hartanah


  • Dari segi Pemilikan Hartanah pula, warga asing boleh membeli 3 unit rumah berharga lebih RM250,000.00 dan levi warga asing membeli rumah dihapuskan ;
  • Dari segi Pemilikan Hartanah pula, warga asing boleh membeli 3 unit rumah berharga lebih RM250,000.00 dan levi warga asing membeli rumah dihapuskan ;
  • Mengambil contoh rakyat Singapura yang mana kuasa beli rakyatnya 5 kaliganda berbanding rakyat Malaysia dan kadar tukaran matawang semasa, warga singapura boleh membeli 3 buah rumah sekaligus dengan potongan harga 50% ;
  • Perlu diingat bahawa Pemilikan hartanah punya kaitan rapat dengan geo-politik sesebuah negara, sekiranya pemilikan hartanah oleh warga asing tidak dikawal ianya akan memberi mereka kuasa perundingan (bargain power) lebih kuat, khusus untuk membuat sesuatu tuntutan kepada Malaysia pada masa depan ;
  • Sekarang pun telah banyak wujud perkampungan komuniti warga Singapura di kawasan-kawasan elit seperti di Leisure Farm, Gelang Patah ;
  • Selain itu juga, negara bakal terdedah kepada risiko intipan dan risikan ketenteraan ;
  • Kerajaan umno/bn juga telah menghapuskan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Umum telah mengetahui bahawa aktiviti jual beli hartanah dibawah 5 tahun akan dikenakan cukai. Ia diujudkan bagi mengelakkan aktiviti jualan singkat dan menyebabkan hartanah dijual tidak mengikut harga pasaran sebenar. Penghapusan Cukai Keuntungan Harta Tanah ini menyebabkan kerajaan sekali lagi kehilangan sumber pendapatan dan ini juga mendedahkan pasaran hartanah terdedah kepada spekulatif ;


2) Penubuhan Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri (JKPM)

  • Pada 16 Mei 2007, Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri (JKPM) dengan kerajaan Singapura untuk memantau pembangunan WPI.
  • Persoalannya, apakah rasionalnya keterlibatan kerajaan Singapura dalam pembangunan WPI??? Bukankah WPI itu dalam Negeri Johor. Penubuhan JKPM seolah-olah memberi kuasa pentadbiran ke atas WPI dan selepas ini kerajaan Malaysia perlu mendapatkan persetujuan bersama dengan kerajaan Singapura sebelum pembangunan mahu dijalankan di WPI.

3) Taman Thema (Lego Land) dan Kasino Singapura


  • Taman Thema atau Lego Land adalah antara agenda utama dalam plan Pembangunan WPI. Ianya seluas 800 hektar bersamaan 2000 ekar dan akan dibina di Nusa Jaya iaitu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor. Pembinaan Lego Land ini adalah pelengkap kepada 2 Kasino yang sedang dibina di Singapura iaitu :-


(i) Kasino Marina Bay - Bernilai SGD$5.6 billion/RM12.88 billion. Ia merupakan Pusat Pembangunan Kasino termahal di dunia

(ii) Kasino Pulau Sentosa - Bernilai SGD$5.2 billion/11.96 billion. Kasino kedua terbesar didunia selepas Las Vegas

  • Kedua-dua kasino ini dihubungkan dengan Taman Thema/Lego Land WPI dengan jarak perjalanan kurang dari 40 minit. Yang pasti kerosakan nilai-nilai islam, moral, akhlak dan kebebasan sosial bakal berlaku kepada waga tempatan.
Ikuti pendedahan akan datang... akibat dari kelemahan pentadbiran oleh kerajaan umno/bn kita telah kerugian berjuta-juta ringgit di samping kerugian lain.....

Tiada ulasan: