Khamis, 29 Januari 2009

PENYELEWENGAN FELDA

Satu laporan Polis dibuat pada tengahari tadi (29/1/09) oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang di ketuai oleh Presidennya Sdr. Mazlan Aliman di Balai Polis Central, Johor Bahru yang mana aduan tersebut dibuat terhadap :-
  1. Dato' Seri Najib Tun Abd Razak - Timb. Perdana Menteri

  2. Tan Sri Yusof Nor - Pengerusi FELDA

  3. Dato' Ahmad Tarmizi Alias - Pengarah Besar FELDA

Kira-kira 25,000 Peneroka Felda diseluruh negara yang enggan menyerahkan pengendalian kebun kelapa sawit mereka kepada Felda selepas terlunas sudah bayaran kembali mereka. Dengan kata lain mereka tidak terikat dengan sebarang perjanjian baru termasuk Perjanjian Tanam Semula untuk kerja2 tanam semula.

Felda ada menubuhkan satu tabung yang diberi nama Tabung Tanaman Semula sejak tahun 1970 yang mana setiap peneroka dikehendaki membayar RM3.34/seekar setiap bulan dan mulai Januari 1985 kadar tersebut dinaikkan kepada RM4.00/seekar bagi tujuan perbelanjaan penanaman semula tanaman sawit di kebun peneroka. Setiap peneroka beroleh kira-kira RM17,000 daripada tabungan tersebut.

Aduan tersebut dibuat berikutan :-

  • Felda enggan menyerahkan Wang Tanaman Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian,

  • Felda bertindak melampau memotong RM850.00/seekar dari Wang Tanaman Semula tanpa persetujuan mereka,

  • Felda menggunakan pendekatan peras dan ugut supaya peneroka menyerahkan pengurusan tanaman semula Felda,

  • Felda melakukan diskriminasi terhadap peneroka Felda yang tidak menyerahkan pengurusan kebun mereka.

Wang Tanaman Semula adalah hak milik peneroka dan Felda hanya bertindak sebagai Pemegang Amanah (Trustee) semata-mata. Tindakan Felda adalah satu Perlucutan Kehidupan (Deprivation of live) dan juga pecah amanah. Ianya adalah tidak berpelembagaan (unconstitutional) kerana bertentangan dengan perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Felda menyekat Wang Tanaman Semula dilihat sebai satu penganiyaan dan membawa kesan buruk hubungan antara peneroka dengan Felda. Ia bertentangan sama sekali dengan matlamat penubuhan Felda untuk melahirkan masyarakat melayu berdikari.

Tiada ulasan: