Ahad, 25 Januari 2009

RASUAH : NAJIB... PAKU DULANG PAKU SERPIH

Najib Razak telah menegaskan beberapa kali bahawa mereka yakni ahli Umno yang didakwa di mahkamah atas tuduhan politik wang akan hilang kelayakan untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti Mac depan begitu juga yang dipilih menjadi perwakilan ke perhimpunan agung juga akan hilang kelayakan menjadi perwakilan jika turut didakwa terbabit kes berkenaan.

Najib yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri pada Mac nanti seharusnya sedar bahawa RASUAH dalam umno sememangnya menjadi darah daging pada setiap pimpinan samada di peringkat tertinggi, negeri, bahagian mahupun cawangan. Bahkan bakal perdana menteri ini juga telah dipalitkan beberapa skandal penyelewengan dan moral sepatutnya mencermin dirinya sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

AMK Johor juga mendapat maklumat hasil pendedahan seorang AJK UMNO Bahagian yang mendakwa untuk menjadi perwakilan dalam perhimpunan agung umno mac nanti paling kurang seorang perwakilan membelanjakan RM100,000.00 bagi memastikan dirinya terpilih sebagai perwakilan. Walaupun terpaksa membelanjakan ratusan ribu namun pulangannya amatlah lumayan dan berkali ganda selepas dari pemilihan itu. Apakah pimpinan umno masih mahu berselindung dengan jenayah menjijikkan ini. Inikah budaya mulia yang ditunjukkan dalam kepimpinan umno. Bagaimana mungkin pimpinan umno mahu menjadikan rakyatnya berakhlak mulia sedangkan dirinya sendiri dipenuhi dengan noda dan dosa... Ibarat "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus...."

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin sudah sedia maklum akan kegiatan RASUAH dalam umno ini namun kami yang mahukan RASUAH ini ditentang habis-habisan masih menunggu tindakkan berani, tegas dan adil dari SPRM. Seharusnya SPRM tidak hanya menunggu maklumat yang lengkap dari rakyat dan baru mahu bertindak. Sedikit maklumat telah diberikan, seharusnya penyiasatan perlu dilakukan dengan segera.

GERAK pula, janganlah menjadi LEMBU kepada pimpinan umno/bn. Sewajarnya GERAK membuat "homework" bagi setiap maklumat yang diberikan. Pada kami jika individu itu bersalah melakukan jenayah RASUAH, tidak kira ianya ahli Pakatan Rakyat atau BN, mereka perlu diheret ke muka pengadilan. Kami AMK Johor tidak akan berkompromi dengan segala bentuk jenayah.

Sekiranya siasatan yang telus, adil dan berani dilakukan oleh SPRM terhadap kempimpinan UMNO, kami yakin dan percaya Perhimpunan Agung Umno pasti lengang kerana ramainya perwakilan dan calon yang didakwa atas tuduhan RASUAH. Mungkin yang tinggal hanyalah Dato ir. Hasni Muhammad dan Datuk Aziz Sapian yang maha bersih.....

Tiada ulasan: