Khamis, 19 Mac 2009

LAWATAN KERJA KE AMK BAHAGIAN-BAHAGIAN

Saya selaku Setiausaha AMK Johor telah melakukan lawatan kerja ke Bahagian Simpang Renggam, Kulai, Pasir Gudang, Kluang, Tenggara dan Sekijang pada 13 hb Mac hingga 16 Mac 2009 yang lalu.

Hasil lawatan ini amat memberangsangkan kerana AMK Bahagian telah memulakan langkah bagi menjalankan aktiviti penerangan di peringkat bahagian. AMK Kulai telah membuat sidang akhbar di dataran Sg Segget Johor Baharu berkaitan dengan keadaan Sg Segget dan sidang akhbar di Bandar Putra, Kulai dengan masalah gagak.

Bagi AMK Pasir Gudang pula telah menggerakkan majlis ceramah umum dengan menampilkan Chegu Bard dan barisan pimpinan AMK Negeri. Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada program tersebut namun AMK Pasir Gudang tetap meneruskan dan jumlah bilangan hadirin semakin bertambah. Syabas diucapkan kepada AMK Pasir Gudang yang diketuai oleh Sdr Noorhadi Mat Isa.

AMK Kluang bersama PKR Bahagian telah mengadakan satu program penerangan kepada masyarakat Cina di pejabat PKR Kluang. Program tersebut telah penuh sesak dengan jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan. Walaupun pada dasarnya program ini untuk masyarakat Cina, jumlah kehadiran masyarakat melayu juga ramai. Ini menunjukkan bahawa PKR ini diterima oleh semua kaum.

Chegu Bard juga dijemput menyampaikan ceramah oleh AMK Tenggara. Program tersebut telah dianjurkan oleh AMK Tengggara yang diketuai oleh Sdr Arbain Sabar. Penerangan Chegu Bard amat dinantikan oleh pengundi-pengundi di kawasan Tenggara kerana mereka dapat maklumat yang begitu tepat tidak seperti yang di war-warkan di media-media pro kerajaan. Tahniah kepada AMK Tenggara.

Saya telah dipanggil ke Bahagian Sekijang bagi membincangkan proses pembentukan semula struktur Jawatankuasa di peringkat bahagian dan AMK. Pada masa ini, Sekijang akan dipimpin oleh Sdr Subuh yang akan mengambil alih jawatan Ketua Bahagian. Beliau akan menyusun Jawatankuasa di peringkat bahagian dan AMK dengan kadar segera.


1 ulasan:

keADILan Gelang Patah berkata...

Tahniah S/Usaha...

Teruskan usaha. Insya-ALLAH kejayaan pasti ada. Kalau boleh dedahkan semua exco dengan gerak kerja AMK agar ilmu boleh dikongsi bersama.

Teruskan gandingan mantap bersama Ketua AMK Johor.

Naib