Isnin, 23 Mac 2009

PENTAS ANAK MUDA KALI KE 3

Catatan dari meja S/U AMK Johor:-


Alhamdulillah.... 22/3/2009 (Ahad) Program Pentas Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah sempurna dijalankan di Pusat Tarbiyyah PAS, Pt. Pechah, Muar, Johor. Pentas kali ini telah menampilkan Sdr Zabidi bin Abas selaku Ketua AMK Negeri Johor, Sdr Khairul Faizi selaku Ketua DPP PAS Negeri Johor serta YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor merangkap Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor.

Pentas Anak Muda kali ini menampilkan semuanya daripada anak-anak muda yang mahu menuntut perubahan dalam sistem politik Malaysia yang telah dirosakkan oleh gerombolan-gerombolan UMNO/BN. Kebanyakkan EXCO AMK Negeri Johor turut serta turun padang pada program kali ini seperti Sdr Faizul yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Negeri Johor, Sdr Nazri sebagai Naib Ketua AMK 1, Sdr Simon selaku Naib Ketua AMK 3 turut hadir bagi membantu pada program kali ini.

AMK Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan AMK Muar yang turut sama hadir memberikan sokongan di atas program kali ini. Di waktu yang terdekat ini AMK Negeri Johor akan meneruskan siri jelajah Johor di kawasan Bakri dan Sekijang. Diharap rakan-rakan AMK di Bakri dan Sekijang dapat bersedia kehadiran kami di Pentas Anak Muda yang akan datang tidak lama lagi.

Di program kali ini, saya dapat bertemu dengan beberapa sahabat yang terdiri daripada beberapa orang Ketua UMNO Cawangan di Bahagian Muar ini yang juga rata-rata menyatakan bahawa program seperti ini haruslah perlu diperluaskan serta dibuat lebih kerap lagi. Menurut mereka juga, mereka telah muak dengan kepimpinan UMNO Bahagian Muar tetapi mereka masih belum bersedia untuk berjuang bersama kami pada waktu ini. Bagaimanapun kami mengucapkan terima kasih kerana mereka berani hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemidato jemputan hingga ke akhirnya.

Untuk makluman, pihak AMK Negeri Johor akan terus menggandakan usaha menawan Negeri Johor pada pilihanraya yang akan datang. Pihak kami juga telah bersedia menurunkan calun-calun muda bagi melawan kebejatan UMNO/BN dalam pilihanraya nanti. Wahai anak-anak muda sekalian, marilah sertai kami menjelajah Johor pada siri-siri yang akan datang.


Tiada ulasan: