Rabu, 22 April 2009
Calon Bebas No.1 - DUN Penanti
Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan.
Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas."Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti," kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR.
"Saya terpanggil untuk bertanding... saya sudah membuat keputusan untuk bertanding," kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007.Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005.
Mari kita tunggu , ayam sabung mana lagi berani mengadu nasib....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan