Isnin, 13 April 2009

Catatan Ketua AMK Johor - 13 April 2009

Para pengkaji Islam terutama pengakaji barat yang bukan beragama Islam berkata bahawa Agama yang disebarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bukannya dari nafsunya sendiri. Mereka membaca Quran dan mencari kesilapannya, namum mereka gagal. Terdapat juga yang memperolehi hidayat dan memeluk Islam. Banyak juga sekadar menghormatinya dan kekal pada agama masing-masing.
Terdapat juga individu yang cuba memesongkan Islam mengikut tafsiran sendiri, namun mereka gagal, cubaan mengujudkan 'Islam Hadhari' dan lainnya. Akhirnya mereka yang cuba menyelewengkan Islam sebenar kepada Islam baru iaitu Islam Hadhari dimalukan oleh Allah S.W.T semasa hayat kegemilanganya. Kini pengasas dan penyebar 'Islam Hadhari ' tersungkur.
Islam itu agama Allah, maka sesiapa yang persendakan Allah dan Islam itu pasti rebah dan dihinakan. Itu sumpah Allah . Saya berharap sesiapa juga termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim , Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli politik lainnya jangan sewenang-wenangnya mengaitkan Allah dan Islam dengan agama lain. Allah pasti memberi laknat kepada mereka yang menyalahgunakanNya untuk tujun politik , harta dan pangkat.
Allahualambisaw.
*
Posted by Dairi AMK Johor

Tiada ulasan: