Jumaat, 17 April 2009

Catatan Ketua AMK Johor - 17 April 2009

Sautu ketika dahulu tercatat dalam sejarah kisah Tahun Gajah.
Raja Abaraha amat murka apabila Ka'abah dipuja disembah. Lantas baginda mengarahkan puluhan ribu tenteranya menyerang dan memusnahkan Ka'abah dan penduduk Mekah. Sebelum sampai ke kota suci Mekah sebahagian tenteranya dikerahkan merampas ratusan unta dan kambing penduduk Mekah.
Abu Mutalib ( datuk Nabi Muhammad S.A.W) telah memberanikan diri menemui Raja Abaraha untuk menuntut binatang ternakkannya. Lalu baginda berkata, apa kemahuannya. Abu Mutalib hanya meminta unta dan kambingnya sahaja dan menegaskan Ka'abah tu ada pemilikNya dan menyatakan bahawa pemilikNya tahu menjaga hakNya. Raja Abaraha tercabar dan berdegil untuk menyerang Ka'abah dan Kota Mekah. Maka Allah hina dan kalahkan puluhan ribu tentera Abaraha dengan hanya dengan mengutus burung kecil yang digelar Burung Abibil (sejarah ini tercatit didalam surah Al Fill ).
Agama Islam, Masjid dan Keadilan adalah milik Allah. Binasalah mereka yang menodainya. Di Malaysia Masjid dan Institusi keadilan (Polis, SPRM , mahkamah dan jabatan penguatkuasaan) diperkosa tanpa takut kekuasaan Allah yang Maha Perkasa. BN-Umno seperti menidakkan kewujudan Allah S.W.T. Mereka pasti akan dimalukan dan dibinasakan jika meneruskan niat dan perlakuan keji mereka.
Apabila orang bukan Islam mengingatkan kita (penganut Islam) dengan ayat Suci. Sepatutnya kita insaf dan malu dan bukannya perlekeh dan buat lapuran Polis. Keji sungguh penganut Umno ini. Dunggu tentang ayat-ayat Allah dan menyuruh Polis memenjarakan orang bukan Islam yang membacakan ayat suci kepadanya. Mungkin si-dunggu ini tidak pernah membaca dan mengaji Al Quran. Adakah pelapor Umno itu membaca dengan tajwid yang betul apabila mempertikaikan tajwid dan mahrad individu lain ?
Allahualambisaw.

Tiada ulasan: