Saya merakamkan tahniah kepada AMK Gelang Patah dibawah kelolaan Sdr. Mohd. Nazri Ismail ( Naib Ketua 1) dan Sdr. Azlan Ishak ( Ketua AMK Gelang Patah ) sebagai tuanrumah mesyuarat AMK Johor sesi April. Kecemerlangan AMK Gelang Patah perlu dicontohi oleh lainnya kerana usahanya telah mencatat jumlah kehadiran terbanyak sepanjang sejarah AMK Johor ditubuhkan.
Keyakinan yang disuarakan oleh perwakilan AMK Bahagian kelmarin kian memperlihatkan gerakkerja dan semanagat juang secara keseluruhannya semakin positif. Kini terdapat beberapa AMK Bahagian telah menetapkan mereka akan menjalankan ceramah dan aktiviti kemasyarakatan secara berterusan dan disusunatur setiap bulan.
Kehadiran Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin pula pada sesi kali ini telah membangkitkan lagi semangat juang. Iltizam beliau untuk hadir ke Johor setiap bulan memperlihatkan keyakinan kami dan beliau bahawa BN-Umno pasti rebah dipersada PRU ke-13.
Rumusan dari mesyuarat itu, saya beryakinan bahawa AMK Johor akan berada dilandasan yang betul dalam beberapa detik lagi. Masalah perjawatan dan tikam-belakang biasa ditimbulkan oleh golongan kecewa. Ia hanyalah emosi agenda tersendiri dan lumrah andaian individu dalam organisasi parti politik. Biarkan ia berlalu seperti air wuhdu kearah kesucian.
Ayuh gapai tangan bersama-sama pastikan UMNO terkubur dibumi kelahirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan