Rabu, 1 April 2009

Catatan Ketua AMK Johor

Saya banyak menerima pertanyaan , berdiskusi dan dilamparkan templak permasalahan perihal Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) pada permainan media prima dewasa ini. Kitaran mengenai :
1. Isu perletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ( TKM 1 ).
2. Tan Sri Khalid Ibrahim masih 'menyimpan orang Umno' di organisasi pertabdiran Selangor, termasuk Cansellor UNISEL Selangor.
3. Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) sering ditemplak ahli dan penjawat PKR sendiri.
*
Izinkan saya mengulas.
*
1. Sehingga hari ini hanya pengumuman dari Ketua Menteri perihal pekara itu. Media prima masih buntu kerana dokuman (surat perletakkan jawatan ) tidak kelihatan. Malah beliau masih bercuti dan tiada sidang media dan pengumuman rasmi beliau.
2. Tan Sri Khalid Ibrahim adalah professional untuk bangsa Malaysia. PKR adalah parti wadah bangsa Malaysia. Dendam , cantas dan tikam-belakang adalah budaya BN-Umno. Di Kedah, Pulau Pinang, Perak (sebelumnya) dan Kelantan juga kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran 'move forward'. Saya setuju tiada double standart .
3. DSAI adalah contoh terbaik pemimpin Malaysia dan dunia. Apa juga teguran dan templak beliau terima, siarkan ( di blog ) dan dirundingkan. Susunkan ribuan ketua/pemimpin dunia, mereka semua ditimbulkan rasa tidak puas hati. Sejak dari keluar penjara hingga hari ini ada sahaja templakkan, namun rakyat dan dunia makin yakin dengan DSAI. Sepakat dan rundingan membawa berkat.

Tiada ulasan: