Khamis, 2 April 2009

ISU PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI MERUPAKAN HARI MALANG BUAT RAKYAT BILA BAKAL PM DIPERTIKAI IMEJ, MARUAH DAN KREADIBILITINYA

KUALA LUMPUR [10.26 am] - Seperti yang dijanjikan, maka tepat jam 9.56 pagi tadi khabarnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan timbalannya Dato' Seri Najib Razak telah tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru. Menurut maklumat, Yang Di Pertuan Agong juga sudah berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi esok. Soalnya apakah benar Pak Lah akhirnya menyerahkan jawatan PM kepada Najib dan bukan sebaliknya.
Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri yang dipertikaikan kreadibilitinya?. Justeru itu kami melihat apa yang bakal berlaku ini sebagai satu "episod malang" buat rakyat Malaysia. Ini kerana, belum pernah berlaku sebelum ini seorang pemimpin yang "imejnya tercalar" sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Najib sebenarnya masih belum menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan....
*

Tiada ulasan: