Khamis, 21 Mei 2009

Catatan Zabidie Abas

Jika sautu ketika dahulu Tun Mahathir dan Barisan Nasional bermegah dengan Wawasan 2020. Hari ini para pengampu BN bertali arus dengan motto nya1Malaysia. Kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia kian ketara. Apa sebenarnya konsep 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakah 1Malaysia itu bermaksud semua rakyat Malaysia perlu bersatu menyokong BN atau Satu Malaysia mesti membodek beliau. Atau satu Malaysia telah diperbodohkan oleh Najib. Persoalan yang timbul kenapa Najib bersungguh-sungguh mencaci-cerca Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.

Adakah kerana Anwar telah membongkar kes pembunuhan Altantuya. Mungkin juga Awar telah membongkar penyelewangan pembelian helicopter dan kapal selam pada jumlah yang menipu seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya najib enggan menyaman Anwar dan ketiga-tiga kes ini. Sumpah Najib di Permatang Pauh jelas menipu semua termasuk Polis. Beranikah Polis mengambil tindakan kepada najib ? Jawapannya tentu tidak. Mungkin Ketua Polis Negara telah dicucuk hidung. Bagi saya Ketua Polis Negara seperti mempunyai moral dan didikasi yang tinggi. Atau menjaga periuk nasi.

http://amkj.blogspot.com

Tiada ulasan: