Khamis, 28 Mei 2009

Catatan Zabidie Abas

28 - 05 - 2009
07.05 am


Saya ingin berbincang beberapa pekara . Saya terpanggil untuk menjawab persoalan tersebut.

Pertama
assalamualaikum kepada saudara Zabidi yang sedang berada di Penanti.semoga perjuangan anda diberkati, SJ ingin mengucapkan tahniah kepada AMK kerana berjaya mengadakan ceramah tersebut.SJ ingin memberikan komen sedikit agar di masa akan datang program yang diadakan dibuat secara kerjasama sepenuhnya bukan hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja. Harap selepas ini saudara Zabidi akan membuat satu post motem diatas program yang telah dijalankan ini agar di masa akan datang Program besar seperti ini mestilah melibatkan semua bahagian di johor.Suka saya mengingatkan saudara, gelombang rakyat kian semakin kuat di johor adakah PKR JOHOR bersedia untuk memerintah jika PRU akan datang ditakdirkan oleh allah BN DURJANA di Johor jatuh dalam keadaan PKR Johor yang masih tidak berapa kuat dalam hubungan sesama ahli....kerjasama amatlah penting..tq. Semoga saudara fikir-fikirkan...

Kedua
Timbul banyak persoalan dari ahli dan AMK bahagian terdapat Exco AMK Negeri Johor yang telah dilantik tidak berfungsi malah tidak berkerja langsung. Mereka juga hadir mesyuarat hanya sekali sekala sahaja.

Ketiga
Terdapat banyak tuntutan berbentuk wang (hutang) kepada saya. Mereka mendakwa AMK Negeri telah berhutang dengan pelbagai jumlah.

Keempat

Penjawat AMK Bahagian dan Negeri sering kali merunggut mengenai pimpinan pusat yang susah untuk dihubungi bagi menjalankan program setempat terutama ceramah umum dan kelompok. Matlamat untuk menyebarkan program parti dan membalas segala tomahan terhadap parti banyak yang tidak terlaksana.

Kelima

Ketika ini dan yang sebelumnya sering kali terdengar percakaran dikalangan pimpinan AMK , Bahagian, Negeri dan Pusat. Ia menyebabkan motivasi ahli biasa dan ahli jawatankuasa agak terganggu.

Ulasan :


Walaikumsalam wth. dan Salam Harapan Baru.

Pertama
Terima kasih. Harap SJ boleh kemukakan secara bertulis ataupun email. ( maaf atas jawapannya yang lepas, ada kesilapan fakta ).

Kedua
Saya bangga bersama PKR, boleh ditegur dan menegur secara terbuka, tertutup dan tersembunyi (email layang) . Sebelum perlantikkan mereka, saya telah berbincang tentang jawatan yang ditawarkan kepada individu itu. Malangnya permasalahan gerakkerja tergantung diperbesarkan menyebabkan ada yang sejuk dan merajuk. Ada yang ingin keluar parti, letak jawatan dan sebagainya. Saya cuba perbaikinya. Saya meneyeru dan merumuskan, "Baiki dan ampuhkan bahagian masing-masing, pohon akan kuat jika akarnya teguh."

Ketiga
Saya mendengar runggutan tentang program yang lepas masih ada yang tertunggak. Masakan saya menjawab, "ala... BN hutang 280 juta pun tak bayar, kita telah berbakti pada rakyat, biarlah rakyat tanggung sedikit kesusahan".

Program yang lepas dinamakan atas program AMK Negeri, tetapi saya tidak dibawa berbincang sebelum ia dijalankan. Kos perbelanjaan tidak diperakui dan dibincangkan dengan AJK Negeri. Namun saya mempelawa AMK Bahagian atau Exco yang menghadapi masalah atas permasalahan dan tunggakan yang lepas untuk berbincang untuk menyelesaikannya. Usah melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Keempat
Saya akui ia amat merumitkan. Namun saya akur para Yang Berhormat kita baru sahaja setahun memegang jawatan. Pilihanraya kecil pula bertali-arus. Saya mengerti para YB kita bergelumang membersihkan najis-najis yang ditinggalkan oleh penghianat bangsa (BN). Berilah mereka peluang menguruskan parti dan kawasan mereka.

Majoriti YB kita berjanji kepada saya, mereka mahu membantu kita (Johor) tetapi mereka barharap kita tidak terlalu mendesak.

Kelima
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula bahasa dan rumpun yang berbeza. Adakala perselisahan faham membawa silaturahim lebih intim selepasnya. Berbeza pendapat usah diperbesar-besarkan. Jika inginkan jawatan, perlantikkan atas budi-bicara pimpinan yang lebih atas. Lainnya, ahli yang menentukan. Gapai wadah yang sama, ayuh rempuh BN-Umno.

BN-Umno sedang bercerai-berai, usah dijejaki tabiat mereka. Mari bersatu, sematkan iltizam dan keyakinan. Insyallah berjaya. Amin


Dicatat oleh Dairi AMK Johor

3 ulasan:

Firdaus AMK PKR berkata...

maHU bertanya sikit..
saya kurang faham..
siapa SJ yang dimaksudkan tu?

Awanama berkata...

kena keje dengan ikhlas...bukan jawatan yang direbutkan...cuma pastikan umno hancur dinegeri johor...itu jek!!!!!

matbalakong berkata...

ingin saya mengambil kesempatan disini untuk sama-sama kita mengukuhkan lagi parti kita daripada bercakaran.Dan jgnlah ambil kesempatan diatas kebebasan bersuara untuk melemahkan ahli2 yang baru bersama kita...saya setuju apa yg dikata oleh Ketua AMK sedangkan lidah lagi tergigit...ini kan pulak kita...Jalan yg terbaik kita hendaklah sama2 memikirkan bagaimana dan cara mana kita sebagai pemimpin atau pengerak parti untuk kita memperkuatkan lg parti kita antara pimpinan dan ahli2. Kita kena cari jalan penyelesaian dan bukan nya cari salah atau betul....jika kita mencari salah atau benar kita tidak akan dapat bersatu.....dan jangan harap PKR dapat memerintah JOHOR PRU 13