Khamis, 7 Mei 2009

johornews.blogspot.com

Johor Bahru - Hari ini dan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Mahathir setiap hari Anwar menjadi individu yang paling kerap dicaci-cerca. Bukan dikalangan penganut UMNO sahaja, kini dikalangan Pakatan Rakyat juga termasuk golongan itu. Malah ada ahli Parti Keadilan Rakyat juga secara terbuka melakukan pekara yang sama.
Tidak hairanlah segelintir ahli PAS juga secara terang-terang melontarkan kritikkan secara terbuka. Jika di majlis UMNO, Anwar sememangnya bahan cemuhan mereka. Jika benar cacian itu mempunyai kebenarannya, mengapa pula sokongan rakyat yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat terus meningkat. Itu persoalan yang perlu diperhalusi. Lihat sahaja PRU-10 dan PRU-11, jika benar dakwaan segelintir ahli PAS bahawa Anwar tidak mempunyai karisma kepimpinan, dimanakah kecapaian PAS ketika itu. Malah pada PRU-12 pencapaian PAS, DAP dan PKR diluar jangkaan . Ia hasil ketokohan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.
Kini Muktamar PAS seperti menyajikan pekara yang sama. Anwar mungkin akan dikritik secara terbuka. Boleh dikatakan mereka yang sentiasa mengritik Anwar Ibrahim itu seperti 'meludah ke langit'. Pakatan Rakyat terutama ahli PKR sendiri perlu menerima hakikat bahawa kekuatan dan aura yang dianugerahkan kepada Anwar perlu dimanfaatkan bersama.
Apa yang berlaku di Perak sebenarnya memberi moral yang tinggi dan impak populari kepada Pakatan Rakyat. Jika ia dibicarakan secara negitif maka kecemerlangan dan kemenangan Pakatan Rakyat akan musnah pada PRU-13 kelak.
Kepada politikus yang telah memilih keputusan salah dengan keluar daripada PKR, PAS dan DAP perlu muasabah diri. Perjuangan perlu jatidiri yang ampuh bukan sekadar mengkritik dan terpekik terlolong seperti 'anjing menyalak bukit'.
Usah puja Anwar, tetapi beliau diperlukan sebagai pemimpin Malaysia dan layak sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Nizar adalah pemimpin selepas Anwar.

1 ulasan:

sufuk berkata...

APERLAH ADA PADA PERJUANGAN JIKA HANYA DOK SIBUK MEETING. APABILA PROJEK DILAKUKAN MASING-MASING MENJAUHKAN DIRI. BUKA LAH HATI BUKALAH MINDA CARILAH PENGERTIAAN KEADILAN.JIKA SIBUK MENGKRITIK ORANG TANPA KERJA DIBUAT APAKAH KITE MENCARI KEADIKAN SEBENARNYA ????