Ahad, 19 Julai 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR


AMK Johor mengalu-alukan penyertaan Chua Jui Meng ke PKR.

Sememangnya BN telah menjahanamkan seluruh sistem dan instutusi negara sehingga banyak pemimpin yang pernah berusaha membetulkan BN akhirnya lepas tangan, dengan keluhan, BN tak akan berubah.

Lagi mengerunkan apabila Mendiang Teoh Beng Hock yang mati setelah dibawa balik oleh SPRM untuk soal siasat.

Satu perubahan yang menyeluruh perlu disegerakan.

Kita mengharapkan dengan kemasukan Saudara Chua Jui Meng ke PKR, kekuatan PKR Johor bertambah seterusnya Pakatan Rakyat dapat menumpangkan BN di "kubu-nya"

Dan kita yang sekian lama bersama PKR sememangnya telah membuat satu pilihan yang betul dan bijak. Marilah sama-sama berjuang demi Keadilan.


Salam Perjuangan.
Reformasi.



====== Berita Malaysiakini ========

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan
keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di
Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di
majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian
Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan
Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana
menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua
MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini
berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk
menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan
Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk
melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah
Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan
salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli
Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Tiada ulasan: