Selasa, 21 Julai 2009

PR Muar Tunjuk Solidariti kepada Mendiang Teoh Beng Hock

AMK Johor berasa bangga, perhimpunan untuk tunjuk solidariti terhadap mendiang Sdr Teoh Beng Hock berjaya dilancarkan di Kluang pada 19 July 2009.Perhimpunan Berlilin ini berjalan lancar dan dihadiri penduduk tempatan.


Program bermula dengan Lee Shang bersama dengan semua yang hadir diam satu minit sebagai tanda hormat, kenangan terhadap Teoh Beng Hock. Dalam ucapan, beliau menuntut agar satu badan yang bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini, memandangkan tiada siapa pun yang yakin dengan polis, kalau polis di Malaysia pun bakal disiasat oleh SPRM.


YB Ng Lam Hua pula menyatakan rasa tidak puas hati dengan komen yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang dekat dengan kerajaan bahawa Saudara Teoh Beng Hock adalah bunuh diri. "Beliau tidak ada sebab untuk bunuh diri langsung".

Selain pemimpin tempatan, hadirin juga mengambil peluang untuk meluahkan perasaan marah terhadap kes ini.

Antara kata-kata hadirin termasuklah,

"Kita pun ade anak, takkan pegawai siasat tu tak ade anak, takkan kita tak sayang nyawa?",

"Mengapa hal ini boleh berlaku? Kenapa tidak seorang pun yang keluar untuk mengaku bertanggung jawab? Mengapa kerajaan masih mahu keluarkan kata-kata yang menikam hati keluarga mendiang?"


Program juga dihadiri wakil Suaram, Nyam Kee Han, dan juga Rakan seperjuangan dari Johor Bahru.

Tiada ulasan: