MUHYIDDINLAH SEBENARNYA
PENGKHIANAT MELAYU & RAKYAT JOHOR
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memandang serius akan trend media – media arus perdana dan beberapa pihak termasuk UMNO yang begitu serius memainkan isu “Pengkhianat Melayu” mutakhir ini. Pandangan dan komentar pemimpin – pemimpin UMNO khususnya disebar luas melalui media – media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Polemik ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri apabila Timbalan Perdana Menteri dengan rasa angkuh dan sombong mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pengkhianat melayu. Bermula dari kenyataan biadap tersebut, maka berebut pencacai – pencacai dan pengampu – pengampu Kerajaan UMNO/BN memberi komen sedangkan mereka inilah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa sendiri apabila lebih mementingkan perut dan poket mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masyarakat.
Justeru itu bagi membuktikan siapakah yang sebenarnya pengkhianat melayu/johor, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor akan mengerakkan seluruh jentera Angkatan Muda Keadilan setiap Cabang di Negeri Johor untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai salahlaku Tan Sri Muhyidin Yasin semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1986 sehingga 1995. Setelah fakta – fakta lengkap kami terima dan dianalisis, maklumat tersebut akan kami edarkan diseluruh Negeri Johor. Sesungguhnya rakyat Johor berhak tahu siapakah sebenarnya Timbalan Perdana Menteri mereka.
Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat dan juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang telah di tetapkan pada 25 Ogos 2009.
Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu – talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat!.
Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu dijawab pimpinan UMNO yang mana ianya jelas menunjukkan siapakah sebenarnya yang telah menjuarai “Pengkhianatan terhadap umat melayu” termasuk Kesultanan Melayu:-
Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja – raja melayu?
Siapakah yang melacur pendidikan Negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik di Selangor satu ketika dahulu?
Siapakah yang menyelewang kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak – kontrak untuk kroni – kroni mereka semata?
Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati – matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
Sehubungan dengan itu juga, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor akan memulakan gerakan penerangan “Muhyiddinlah Pengkhianat Melayu/Johor” di Pagoh, Muar dan seterusnya ke seluruh Negeri Johor.
Jika mereka secara biadap dan tidak berakhlak dengan menggunakan kaedah berpolitik yang sempit dan jumud dengan menggantung “banner” yang memburuk – burukkan peribadi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di merata tempat, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memaklumkan bahawa kami bersedia untuk berdebat/berforum secara terbuka dengan mana – mana pimpinan UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri sendiri bagi membuktikan siapakah sebenarnya “pengkhianat melayu”.
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR
10 OGOR 2009
Turut di sokong:
1. Persatuan Anak – anak Peneroka FELDA Kebangsaan ( ANAK )
2. PUM Johor
3. TERAS Johor
4. Angkatan Daya UMAH ( ADU )
5. SHURA zon Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan