Selasa, 30 Disember 2008

MESYUARAT EXCO AMK JOHOR DI TUNDA

Keputusan Mesyuarat khas pada 24 Disember 2008 telah menetapkan bahawa Mesyuarat EXCO AMK Johor akan diadakan pada hari ahad pertama setiap bulan. Namun begitu, mesyuarat bulan Januari 2009 yang dijadualkan pada 4 Januari 2009 akan ditunda ke tarikh 10 Januari 2009 (jam 8.30mlm) bertempat di Pejabat PKR Simpang Renggam. Diharap penundaan tarikh ini dapat memberi peluang kepada EXCO2 AMK Johor yang telah bergelar bapa dan mempunyai anak yang akan memulakan sesi persekolahannya pada 5 januari 2009 membuat persiapan terakhir bagi anak2 mereka.

Setiausaha
AMK Johor

Sabtu, 27 Disember 2008

PEMIMPIN HEBAT vs PEMIMPIN JUMUD

Bila kita memperkatakan mengenai kepimpinan seseorang pemimpin yang mesti dilihat ialah corak pemikirannya. Ia adalah faktor utama bagi menetukan hala tuju organisasi pimpinannya. Lemah atau kuat sebuah organisasi bergantung kepada cara kepimpinannya. Itu yang membezakan pemimpin dgn pengikut. Pemimpin mesti mempunyai pemikiran yang kreatif bukan pasif. Inilah yang membezakan antara Pemikiran Pemimpin Hebat (Great Mind) dan Pemikiran Pemimpin Jumud (Orthodox)....

Pemikiran Pemimpin Hebat

Amat kurang pemimpin yang mempunyai pemikiran kepimpinan yang hebat. Pemimpin yang mampu memberi kesan positif yang besar keatas organisasi yang dipimpinnya. Antara ciri-ciri pemimpin hebat adalah....

(a) Pemikirannya melangkaui zamannya serta luas pemikirannya
(b) Berfikiran jauh menuju masa depan dgn misi dan visi yang sukar dicapai oleh mereka yang berfikiran tertutup
(c) Membawa perubahan besar dalam halatuju sesebuah organisasi. Dasar dan wawasannya membawa impak kepada ekonomi, sosial dan peradaban institusi itu
(d) Mempunyai falsafah yang kukuh menjayakan misinya
(e) Tidak mudah mengikut telunjuk orang lain

Pemikiran Pemimpin Jumud

Pemimpin beginilah yang paling ramai sekali. Kepimpinannya akan meruntuhkan organisasi pada akhirnya. Antara ciri-cirinya........

(a) Kering dan tandus dengan idea, gagasan dan wawasannya
(b) Mewarisi tradisi pemimpin terdahulu. Tidak berani ambik risiko melakukan perubahan kerana takut dipersalahkan, tidak popular dan hilang sokongan
(c) Tidak mampu berfikiran jauh. Cukup selesa berada di dalam Zon jumudnya
(d) Hanya fokus membina kekuatan diri dan pengaruh dari memikirkan halatuju organisasi yang dipimpiannya
(e) Benci pada kritikan, persaingan dan perlawanan. Sentiasa cuba menjatuhkan pesaingnya...
(f) Dalam keadaan tertentu, hanya bersetuju, mengiakan dan menyokong demi menjaga kedudukan jawatan
(g) Lambat bertindakbalas dalam situasi dan perubahan yang berlaku disekelilingnya. Payah menerima buah fikiran, saranan dan cadangan orang lain

Sebagai kesimpulan dari perbezaan 2 kepimpinan diatas jelas menunjukan bahawa seorang individu yang bergelar pemimpin yang efektif dan efisian mesti mengamalkan sikap "cakap dan buat" bukan "cakap tak serupa bikin". Meminjam kata-kata Che'gu Bard "Pejuangan adalah perlaksanaan kata-kata". Perlu diingatkan bahawa apa juga organisasi yang dipimpin samada dalam organisasi kekeluargaan atau pemimpin masyarakat diperingkat cawangan, bahagian, negeri hatta negara sekalipun, pemimpin tersebut datang dengan tanggungjawap. Terlaksanakah atau tertanggungkah tanggungjawap tersebut adalah atas kebijaksanaan pemimpin tersebut. Pemimpin perlu "peka" bukan "pekak" mendengar suara dan hasrat pengikut atau orang bawahan. Pemimpin harus membentuk pemikiran kritis dan hebat sedari awal bagi membentuk halatuju organisasinya ke arah kecemerlangan. Renung2kan lah kita berada dikategori mana.....

Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor

MESYUARAT EXCO AMK JOHOR

Mesyuarat EXCO AMK Johor pada 24 Disember 2008 yang lalu telah bersetuju sebulat suara bahawa Mesyuarat Exco AMK Johor akan diadakan pada setiap hari Ahad pada minggu pertama. Sehubungan dengan itu mesyuarat akan datang akan diadakan pada 04 Januari 2009. Sebarang perubahan jika ada akan dimaklumkan kelak. Mesyuarat juga telah menetapkan bahawa ahli mesyuarat adalah EXCO AMK Johor, Ketua AMK Bahagian/Wakil dan Ketua Zon/Wakil. Jika Ketua AMK Bahagian memegang sebarang jawatan dalam EXCO AMK Johor atau Ketua Zon maka tempat beliau boleh digantikan dengan wakilnya. Ini demi menjaga kerahsiaan mesyuarat.

Setiausaha
AMK Johor

Selasa, 23 Disember 2008

SKUAD AMK JOHOR

Skuad AMK Johor akan ditubuhkan dan akan dirasmikan pada penghujung Januari 2009. Sehubungan dengan itu diminta setiap Ketua AMK Bahagian memaklumkan kepada semua AJK AMK Bahagian masing2 bahawa setiap AJK AMK Bahagian diwajibkan menyertai Skuad AMK Johor. Di samping itu juga Ketua AMK Bahagian perlulah menghebahkan kepada anak2 muda dibawah 40 tahun agar menyertai Skuad AMK Johor. Syarat utama adalah perlu mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat.

Sila serahkan senarai nama yang lengkap dengan butiran peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon dan Saiz baju selewat-lewatnya pada 20 Januari 2009. Harap semua Ketua AMK Bahagian dan AJKnya dapat memberikan kerjasama serta menunjukkan kesungguhan dalam pembentukan Skuad AMK Johor. Idea dan pandangan dari teman-teman juga diperlukan bagi memantapkan lagi Skuad ini.

Bagi mereka yang belum lagi mendaftar sebagai ahli PKR tetapi berminat untuk menyertai Skuad AMK Johor maka boleh berhubung terus kepada saya ataupun menghubungi Ketua AMK Bahagian yang berdekatan.

Setiausaha
AMK Johor

BLOG AMK BAHAGIAN

Selepas dari Kongres Nasional 2008, didapati blog-blog AMK Bahagian tidak "update". Perlu di ingatkan bahawa Blog/Laman Web adalah sumber media alternatif dan ianya perlu sentiasa di kemaskinikan dengan berita-berita yang "fresh".

Blog AMK Bahagian perlulah mengutamakan peristiwa2 atau isu2 setempat di samping program2 yang dirancang. Jangan amalkan "copy and paste" dari blog lain. Ahli2 AMK perlulah aktif dengan melawat cawangan2 atau tempat2 di Bahagian masing2 agar dapat mengetahui bentuk masalah masyarakat, isu2 setempat dan lain-lain lagi.

Harapan saya agar setiap AMK Bahagian mempunyai blog sendiri dan sentiasa dikemaskini.

Setiausaha AMK Johor

BUAT PM/TPM/HAMID ALBAR/KPN/TKPN...


Gambar diatas jelas menerangkan maksudnya. Bukan nak mempertikaikan titah Baginda Sultan Selangor bahkan kami menyokong seruan Baginda Sultan. Akan tetapi kenapa JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas) sahaja yang di fokuskan oleh PM/TPM/Hamid Albar/KPN/TKPN. Adakah maksud yang tersirat???? Bertanya tidak salahkan... Bukan menuduh...

Gambar dari Laman Marhaen....

Isnin, 22 Disember 2008

BILA POLIS BERJANJI

Pagi tadi semasa menonton berita di BERNAMA TV, satu kenyataan dari Ketua Polis Terengganu yang menyatakan bahawa pihak Polis akan bertindak tegas kepada penyokong2 parti politik yang bertindak melanggar undang2 tanpa mengira parti politik mana sekalipun samada dari UMNO/BN, Pakatan Rakyat atau Bebas.

Jika benar apa yang ditegaskan dan diperkatakan kami ucapkan TAHNIAH... tapi janganla KOKOK berderai2 tapi ekor penuh tahi.... Janganla ada double standard. Apa yang berlaku di Ijok pada PRK dulu cukup jelas. Masih ingatkah kita kepada petugas PAS yang dibelasah.

AMK Johor mengharapkan jika benar kenyataan beliau itu kami menyokong penuh. Bertindaklah dengan adil dan saksama tanpa mengira siapakah individu tersebut hatta "Menantu Perdana Menteri" sekalipun jika dia melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

DEMONSTRASI... SELESAIKAH MASALAH

Sekadar pandangan dan renungan bersama....

AMK Johor berpandangan dalam isu demonstrasi untuk menegur kepimpinan negeri pakatan rakyat dirasakan kurang elok dan kurang bijak. Ini akan mendedahkan kelemahan ukuwah dalam Pakatan Rakyat. Semua orang harus sedar bagaimana dan betapa susahnya kepimpinan kita menyatukan 3 parti walau berbeza ideologi dan pendapat. Semua ahli tidak kira PKR, PAS atau DAP mesti menyelesaikan sesuatu isu melalui musyawarah bukan demontrasi. Kita bukan Pakistan, India, Thailand atau Indonesia.

Kita dalam sesebuah pentadbiran negeri perlu menganggap Ketua Menteri/Menteri Besar sebagai "Bapa" kita dalam sebuah keluarga. Apakah perlu kita ajak orang kampung berdemonstrasi untuk menegur bapa kita. Kan ada baiknya kita ajak bapa kita berunding dulu. Jika bapa kita masih berdegil maka kita rujuk perkara ini kepada mereka yang lebih arif dalam sesuatu hal seperti Tok Imam atau Ketua Kampung. Biar mereka menyelesaikan perkara ini dan mereka sudah tentu ada cara untuk menyelesaikan kekusutan ini.

Ketua Menteri/Menteri Besar pula harus peka dan bertindak segera menyelesaikan isu2 ini sebelum ianya melarat. AMK Johor melihat cara demonstrasi ini boleh merenggangkan hubungan antara parti. Berundinglah. YAB Lim Guan Eng, YAB Dato' Seri Azizan, YAB Tan Sri Khalid, YAB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar dan YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz pun tidak suka cara demonstrasi ini bagi menegur kepimpinan Negeri. Suka ke ahli DAP jika ahli PAS/PKR berdemonstrasi menegur Ketua Menteri Pulau Pinang. Suka ke ahli PKR jika ahli PAS/DAP berdemonstrasi menegur Menteri Besar Selangor atau suka ke ahli PAS jika ahli PKR/DAP berdemonstrasi menegur Menteri Besar Kelantan/Kedah/Perak. Bermusyawarahlah dengan bijaksana untuk menyelesaikan masalah keluarga Pakatan Rakyat.

Mungkin ini pandangan yang kolot dari AMK Johor tapi minta teman-teman di 5 negeri tadbiran Pakatan Rakyat memikirkan idea kolot ini. Rakyat pun mungkin bosan dan kurang bersetuju dengan cara demonstrasi ini. Yang bersetuju hanyalah segelintir ahli kita. Macamana kita nak tarik pengundi baru dengan cara kita ini.... Mari kita fikirkan bersama...

TV3... KECOZZZ




Kredibiliti TV3 dipersoalkan lagi. Terbaru isu perkahwinan penyanyi terkenal MAWI dan Ekin di Johor Bahru pada 20 Disember 2008 lalu dimana TV3 mendakwa tidak diberi layanan yang baik termasuk dikasari oleh petugas yang menjaga majlis pernikahan Mawi ketika ingin merakamkan saat Mawi melafazkan akad nikah. Isu tersebut telah dinafikan oleh Pengurus Bahagian Rancangan Melayu ASTRO (lupa nama.....) dan beliau memberi kenyataan bahawa semua petugas media diberi layanan yang baik.
Persoalannya... Adakah TV3 menipu lagi atau memutar belitkan isu yang KUNUN nya petugas TV3 dikasari.... Fikirlah sendiri..... Silap haribulan kalangan petugas media pun akan mencurigai wartawan atau petugas TV3.

Sabtu, 20 Disember 2008

FELDA SEMENCHU - BAHAGIAN 2

"Felda Sejuta Ringgit" yang boleh dianggap paling unik dunia hari ini. Entah macam mana "Felda Semenchu" yang satu ketika dulu pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi masyarakat dan pemimpin boleh dinobatkan sebagai "Kampung Paling Ceria 2008". Sebagai anak watan yang lahir dan dibesarkan dibawah rumpun pepohon kelapa sawit, aku langsung tidak patut berbangga dengan kemenangan ini. Mungkin kerana aku lahir bukan dari kalangan "Generasi Pencacai atau Pembodek" Tok ketua & Pemimpin Felda sejak dulu lagi. Namun inilah hakikatnya. Perjuangan pemimpin UMNO/BN yang bersikap pemurah tatkala harga diri semakin parah. Jangan mereka ingat dengan memberi gula-gula berharga jutaan ringgit seumpama ini, segala kesalahan dan kejahatan mereka boleh terhapus. Apa untungnya merompak duit warga tua di Semenchu untuk menghias kawasan rumah sedangkan kemudahan asas yang WAJIB disediakan oleh Kerajaan UMNO/BN langsung tidak diambil kira? Tengok saja dipersimpangan masuk jalan ke Semanchu sejak 51 tahun dahulu hingga ke hari ini. Gelap gelita tanpa cahaya. Hinggakan satu ketika dahulu aku sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu di persimpangan jalan masuk ke Semenchu apabila terjadinya kemalangan jalan raya yang 70 peratus telah meragut nyawa manusia. Inilah kebanggaan dan permintaan pemimpin UMNO/BN termasuklah Tok Ketua Kampung yang semakin buncit dan boroi tu. Maaf ya, aku bukannya jenis manusia yang bongkak, bodoh sombong, rakus dan jahil dalam melabelkan manusia lain.
Cerita "Lampu gelap bersubsidi" ini bukanlah cerita baru disini, malah setiap peserta yang mengikuti program "Homstay" di Semenchu selama ini, pasti cerita ini akan menjadi halwa mulut untuk diperkatakan sepanjang perjalanan. Tak cukup dengan kegelapan itu, kondisi jalan masuk ke "Kampung Sejuta Ringgit" ini juga langsung tidak mencerminkan kelayakkan untuk bertanding. Apa guna ada menteri yang kononnya membantu mempromosikan kampung dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk, sedangkan prasarana yang ada tidak setimpal dengan programnya? Bukankah lebih baik bawa saja pelancung-pelancung yang hendak bercuti ke dalam hutan @ di pondok-pondok rehat dalam kebun sawit, dah tentu-tentu kondisi jalan-jalannya bersesuaian dengan tempat percutian mereka.Mungkin kerana kuasa "Black Belt" Kak Menteri ini, MYR1 juta patut dimenangi oleh Semenchu pada tahun ini tanpa mengambil kira kemudahan dan keberkesanan program-program pelancungan ini kepada penduduk setempat. Panggillah berjuta orang pelancung masuk ke Felda Semenchu dan kerahlah habis-habisan kederat warga tua yang semakin uzur itu demi kepentingan dan keagungan port folio Kak Menteri ini, nescaya satu hari nanti bakal ada pelancung yang akan mengambil kesempatan diatas keuzuran warga tua ini dengan siri-siri penipuan, penindasan dan apa jua bentuk perang saraf yang boleh merosakkan keharmonian bangsa melayu.

Kemana perginya "Duit tol" yang dibayar oleh pelancung-pelancung ini kalau tidak ke dalam tabung Kak Menteri. Apa yang penduduk dapat bila pelancung-pelancung ini berkampung di Semenchu selama ini? Cukup ke elaun sara hidup dan "Insentif Homestay" bagi mereka yang terpilih selama ini menampung perbelanjaan seharian dengan kesan bebanan perbelanjaan dan harga barang yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga runcit di bandar.Aduh!!!!! bagai sudah jatuh ditimpa tangga warga felda hari ini. Dahlah makan pun bercatu, hasil kebun belum menjadi, harga barang mahal, kemudahan asas tak sempurna, penyelewengan kepimpinan berleluasa... tup tup sekarang terima pulak pelancung luar sebagai "Anak angkat" untuk dibela. Apakah kesudahan hidup mereka hari esok pun aku tak pasti. Begitu juga dengan nasib orang tua aku yang masih hidup dibawah penipuan bangsa sendiri di Semenchu hari ini. Sedih dan sebak bila teringatkan detik-detik keletihan mak aku sewaktu mengecat pasu bunga keliling rumah kerana terpaksa akur dengan arahan Tok Ketua dan Kak Menteri demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Alhamdulillah, berbaloi juga usaha mak aku kan... tapi berbaloi ke kepada aku???Jangan hukum atau labelkan aku dengan gelaran "Anak yang tak tau diuntung @ tak bersyukur @ apa jua gelaran yang mungkin sedap didengar tapi pahit untuk ditelan" kerana aku memang lahir sebagai insan yang sebtiasa mencari keadilan dalam hidup. Buat seluruh warga "Kampung Sejuta Ringgit Semenchu" aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kemenangan ini, buat Tok Ketua dan Kak menteri pulak.... "Time is enough" utk korang menggula-gulakan rakyat dengan janji kosong selama ini. Kalau perniagaan & Koperasi Semenchu boleh rebah sebelum ini, apatahlagi warga felda yang kerdil itu. Hentikan pembohongan, penindasan, penyelewengan dan kerakusan kamu sebelum suara rakyat bangkit mencari kebenaran disebalik kemenangan...

~ Anak Watan Semenchu ~

Khamis, 18 Disember 2008

TV3 OH TV3... RELEVANKAH LAGI

Isu ini jelas menunjukkan betapa rendahnya kredibiliti TV3 sebagai stesen penyiar yang paling unggul di Malaysia. Amat memalukan lagi hina jika TV3 terus memainkan isu sebegini. Menyedihkan sekali, kami mengharapkan berita yang telus dan benar tapi kamu hidangkan kami dengan fitnah dan propaganda....

Pembaca... Nilailah sendiri berdasarkan video klip ini.

FELDA SEMENCHU - BAHAGIAN 1

PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) -- Felda Semenchu, terletak di daerah Kota Tinggi, Johor hari ini diisytihar pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2008 bagi meraih hadiah RM1 juta.Hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengurus Felda Semenchu, Mat Noh Abdullah, sempena sambutan Hari Peneroka 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari Isnin.
Mat Noh berkata setiap seorang daripada 628 peneroka di kampung itu akan menerima RM1,000 daripada hadiah wang itu, manakala bakinya akan digunakan untuk projek-projek pembangunan termasuk menambah baik prasarana dan industri 'homestay' di tanah rancangan itu.Tanah rancangan Felda Semenchu meliputi kawasan seluas 2,543 hektar, dengan 178 hektar daripadanya kawasan kampung.
Ia pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini termasuk naib johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Johor dan tempat ketiga bagi pertandingan sama peringkat nasional.Mat Noh berkata kemenangan itu merupakan hasil hubungan erat dan kerjasama penduduk rancangan tanah itu dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan."Kalau kita buat gotong-royong, daripada yang kecil hinggalah generasi kedua dari luar pun datang untuk bergotong-royong sama-sama," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu.Mat Noh berkata bahawa menjelang pertandingan itu, penduduk Felda Semenchu melawat kawasan Felda yang lain dan merakamkan beberapa kelebihan mereka."Kita nilai dan kita cuba meningkatkan kelebihan kawasan kita mengatasi mereka," katanya.Ditanya mengenai rahsia mengekalkan kebersihan dan keindahan kawasan Felda itu, Mat Noh berkata mereka mengupah antara lima hingga enam orang pekerja bagi melakukan pembersihan harian, dengan menggunakan wang sumbangan masyarakat, selain bergotong-royong pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi membersihkan sesebuah blok mengikut jadual."Kita juga ada gotong-royong khas, iaitu sebulan atau dua bulan sekali untuk membersihkan masjid, kawasan perkuburan dan dewan," katanya.Program AKKF bertujuan menjadikan rancangan Felda bersih, indah dan menarik. Sebanyak 36 kawasan rancangan Felda telah dibuat penilaian awal dan 10 rancangan terpilih untuk memasuki pusingan akhir untuk dinilai oleh panel enam hakim.

**** ikuti kisah seterusnya mengenai isu Felda Semenchu. Kami mengharapkan respond dari pembaca mendedahkan tangan2 ajaib dalam isu Felda Semenchu.

BILA CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI KATAKAN MERASUAH....

Apabila Pengarah Strategi PKR, YB. Saifuddin Nasution memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa beliau mempunyai bukti lengkap dan kukuh mengenai keterlibatan seorang calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac 2009 nanti maka monyet-monyet siluman calon timbalan presiden ini pun melatah seperti "kera kena belacan".

Menurut YB. Saifuddin, antara bentuk rasuah yang ditawarkan adalah RM500 seminggu serta tiket penerbangan serta penginapan hotel percuma. YB Saifuddin juga mempunyai bukti di mana pertemuan tersebut diadakan. Pendedahan ini menyebabkan orang2 Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) mengamuk dan mereka mendakwa, orang yang dituduh oleh YB. Saifuddin itu ialah TSMY. Kenapa orang2 TSMY nak mengamuk kalau TSMY tak buat. YB. Saifudin tidak menyebut nama individu terbabit tapi macam dah ada yang terasa kepanasan.

Mungkinkah orang2 TSMY yang pada mulanya berkira-kira untuk menjadi orang kuat Timbalan Presiden UMNO yang Baru sekiranya TSMY menang mula rasa sedikit tergugat dengan pendedahan ini. Duit dah banyak labur kan bang..... Itulah perjudian politik namanya... ekkkk.....

Rabu, 17 Disember 2008

LAPORAN POLIS PENDUDUK KG BARU PLENTONG TENGAH

Saya mewakili penduduk kampung memohon agar Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci serta mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat tertentu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penganiyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat serta lampiraan-lampiran untuk makluman dan tindakan Pihak Polis dan Badan Pencegah Rasuah agar siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan seterusnya...

1. Wujudnya Penyelewengan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat tanah/pejabat daerah mengurniakan tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali swbagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada pihak swasta iaitu MOSBERT BERHAD pada tarikh 11/9/1968 sedangkan permohonan oleh penduduk telah dilakukan lebih awal. Seperti di lampiran 1.

2. Menyiasat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tiram ( pada keteika itu ) Dato Ali Bin Hassan dengan bersubahat memeprekenalkan Peguam En Haddie Darris and Co untuk menipu danmenyeleweng wang tabungan penduduk berjumlah RM 471,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu, Tiga Ratus Tujuh dan Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.Seperti di lampiran 2.

3. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam En Haddie Darris daripada Haddie Darris and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 417,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu Tiga Ratus Tujuh dan Sen Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru, Plentong Tengah.Seperti di lampiran 3.

4. Menyiasat dan mendakwa terhadap Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kawasan Tiram ( pada ketika itu ) Dato Ali Bin Hassan secara bersubahat mengarahkan 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru, Plentong Tengah menyerahkan kepada Syarikat OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD untuk trangsaksi awal pemilikan tanah. Seperti di lampiran 4.

5. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam J. Singh and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru Plentong Tengah dalan transaksi penjualan tanah oleh pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD. Seperti di lampiran 5.

6. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Ayub B. Kasdi ( I/C No : 560608-01-6277 ) beralamat No. 7, Jalan Besar, Kampong Baru, Plentong Tengah, Johor Bahru secara bersubahat bertindak bagi pihak dan mewakili OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD seperti yang tercatit pada surat Rujukan : F. Lot 83/94 bertarikh 25.10.94 Seperti di lampiran 6.

7. Menyiasat dan mendakwa terhadap OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD kerana dalam keadaan sedar menjual tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD walaupun pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD dalam proses transaksi penjualan dan telahpun mengutip deposit berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) pendudukKampong Baru Plentong Tengah.

8. Menyiasat dan mendakwa terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD dalam keadaan sedar membeli tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru daripada OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD tanpa menyiasat kedudukan sebenar status hak milik tanah tersebut serta transaksi-transaksi yang berlaku diantara penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah dengan OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD.

9. Menyiasat dan mendakwa terhadap En Hasmoni Bin Salim yang merupakan seorang bekas Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat secara langsung dalam BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD sebagai salah seorang lembaga Pengarah Seperti Lampiran.

10. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Shahari Bin Mohd Sham selaku Ketua UMNO Cawangan Kampong Baru Plentong Tengah yyang bersubahat dan berniat jahat terhadap penduduk-penduduk-penduduk kampong Baru Plentong Tengah dengan menarik balik Affidavit tanpa persetujuan seluruh penduduk Kampung Baru plentong Tengah terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD yang sepatutnya didengar di Mahkamah TinggiJohor Bahru pada 29 Oktober 2009.

11. Menyiasat dan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato Seri Mohamad Khaled Nordin yang secara sedar tidak membantu untuk mengatasi kemelut yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah malah dengan secara sedar membuat janji-janji palsu ketika kempen Pilihanraya ke 12 dalam isu penempatan semula penduduk dari kampong Baru Plentong tengah ke Kampong Bukit dagang, Ulu Tiram. Ini menguatkan lagi wujudnya kepentingan beliau dalam pembangunan semula tanah Kampong Baru Pelentong Tengah tersebut.

12. Menyiasat dan mendakwa YAB Dato Hj Abdul Ghani Bin Othman selaku Menteri Besar Johor yang gagal menyiapkan infra struktur kemudahan asas seperti Jalan Raya, Pembekalan Letrik dan Pembekalan Air Bersih di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram seperti yang telah dijanjikan.

13. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong BukitDagang, Ulu Tiram. Pecahan Lot yang dikurniakan adalah berjumlah 202 Lot manakala penama yang diperuntukkan Cuma 123 orang. Manakala selebihnya sebanyak 79 penama tidak di umumkan.

14. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram kerana sebahagian penduduk asal Kampong Baru Pelentong Tengah tidak diperuntukkan tanah tersebut tanpa alasan yang munasabah.

Nama Pengadu : HASSAN BIN WAN ISMAIL
Balai Polis Johor Bahru Central
Johor Jaya.. 574

KG BARU PLENTONG TENGAH

Esok akan menjadi satu lagi lipatan sejarah bagi sebahagian penduduk Kg. Baru Plentong Tengah kerana mereka yang tidak menandatangani akujanji akan dirobohkan rumahnya oleh pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd. Manakala yang telah menandatangani akujanji tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2008. Perasaan sayu dan hiba ketika skuad AMK Johor membuat tinjauan ke kampung tersebut yang mana dahulunya sibuk dengan aktiviti penduduk tapi kini lenggang. Ada diantara mereka telah pun berpindah ke rumah transit yang disediakan oleh Kerajaan Johor walaupun bantuan rumah transit tersebut ibarat "melepas batuk ditangga". Prasarana yang serba kurang membuatkan ada diantara mereka menyewa rumah-rumah yang berhampiran dengan kampung tersebut. Tuan2 rumah pula ada yang mengambil kesempatan menaikan kadar sewa rumah mereka. Sudah hilangkah perasaan simpati mereka ini yang terlalu mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain... hanya berkiblatkan duit ringgit... Ingatlah yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Kg. Berembang dan Kg. Rimba Jaya... Jadikanlah ia sebagai tauladan.

Esok juga pada jam 2.00 petang dijangka wakil SUHAKAM akan datang melawat kampung ini untuk melihat dan mendengar sendiri dari penduduk kampung di samping membuat lawatan ke rumah transit di Bukit Dagang. Harapan agar ada sedikit sinar untuk penduduk kampung yang malang ini.

Kini penduduk atau bekas penduduk Kg. Baru Plentong Tengah mempersoalkan dan tertanya-tanya bagaimana seorang bekas YB yang kini menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada Syarikat Bukit Lenang Sdn Bhd iaitu pemaju yang menuntut Kg Baru Plentong Tengah. Untuk rekod, Bekas YB ini seorang yang berketurunan Melayu juga beragama Islam.

Seorang penduduk memberitahu kami bahawa beliau ingin sekali melihat reaksi bekas YB ini dan berharap dia berada di kawasan kampung bagi melihat surau kampung tersebut diranapkan dan dirobohkan nanti.

AMK Johor mengharapkan agar semua AMK Bahagian yang berdekatan agar dapat menghadirkan diri pada esok hari sebelum jam 2 petang ke Kampung Baru Plentong Tengah bagi memberikan sokongan moral juga bantuan yang diperlukan oleh penduduk kampung tersebut.

Selasa, 16 Disember 2008

AMK PT SULONG GEMPUR SRI MEDAN

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong sekali lagi telah berjaya menerobos ke kubu kuat UMNO dengan mengadakan Pentas Anak Muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK Pt. Sulong telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai penceramah utama pada malam itu. Di dalam ucapannya, Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyentuh isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga menerangkan isu-isu panas di Negeri Selangor yang di cuba dimainkan oleh media perdana dan memberitahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan fahaman politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun Sri Medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno/BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berhampiran seperti penduduk dari Parit Yani, Parit Sulong dan Peserai amat menggalakkan malahan kehadiran daripada penduduk dari Sri Medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membuktikan bahawa sokongan dan keyakinan masyarakat Johor terhadap Pakatan Rakyat bertambah. Penceramah lain pada malam itu adalah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan juga Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.

Khamis, 11 Disember 2008

PASIR OHHHH PASIR

Bila TV3, Utusan Malaysia serta media arus perdana yang lain memainkan isu pasir di Teluk Ramunia, Johor, pemimpin UMNO kawasan mula menuding jari antara satu sama lain. Para wartawan mula mencari YB Azalina dan Adunnya kerana Teluk Ramunia yang berada dalam kawasan Parlimen Pengegerang. Terketaq-ketaq la YB Azalina dan ADUNnya menjawap soalan para wartawan.

Isu ini dilihat lebih kepada serangan peribadi Najib untuk terus merosakan imej Muhyiddin Yassin, calon terhanggat sebagai Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri menjelang pemilihan agung UMNO mac nanti. Ramai politikus maklum bahawa Najib dan Muhyiddin bukanlah regu yang "secocok" bahkan mereka juga tidak sehaluan. Umum juga mengetahui yang Muhyiddin banyak memberi projek pasir kepada kroninya semasa beliau menjadi MB Johor dulu. Beliau jugapernah dianggap sebagai "Menteri Brooker" kerana menjual tanah Johor kepada orang Singapura di zaman beliau menjadi MB dulu.

Sebenarnya banyak kawasan di Johor ni yang dahulunya hutan, sekarang sudah menjadi lombong. Dulunya bukit kini sudah menjadi tasik. Semua adalah kesan dari aktiviti pengorekkan pasir. Perkara ini sudah berlaku puluhan tahun lamanya, bukan setakat di Teluk Ramunia atau kawasan Penggerang sahaja, malah ianya berlaku di merata tempat. NGO, Parti Pembangkang dan masyarakat setempat telah banyak kali menyuarakan isu ini, namun kerajaan negeri buat "derk" je... buat bodoh... tiada tindakan susulan dibuat...

Industri pasir memberi pulangan agak lumayan. Selain pasaran domestik, permintaan dari negara jiran juga tinggi. Ia digunakan untuk tujuan pembinaan dan juga tebus guna tanah. Seperti Kerajaan Singapura, mereka amat memerlukan pasir untuk meluaskan wilayahnya. Dalam masa 20 tahun terakhir ini, keluasan Singapura sudah bertambah 1/2 kali ganda dari asal hasil penambakan laut dan tebus guna tanah.

Pada tahun 2000, Kerajaan UMNO/BN mengeluarkan larangan penjualan pasir kepada negara jiran. Tapi larangan itu hanyalah larangan fatamorgana... larangan hampeh... aktiviti penjualan pasir tersebut semakin rancak. Ye la.... Yang Melarang, Yang Menguatkuasa, Yang mengusahakan dan Yang Menjual pasir nie terdiri dari juak-juak yang sama. 1 untuk kau 1 untuk aku... 2 untuk kau 2 untuk aku....

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor berpendirian dan mengesa Kerajaan UMNO/BN menghentikan aktiviti ini serta merta kerana :-
1) Pasir adalah anugerah ALLAH kepada warga Johor. Hasil bumi ini sepatutnya dikongsikan bersama rakyat Johor seluruhnya. Bukan dibolot oleh tauke2 yang berkepentingan sahaja.
2) Kerajaan UMNO/BN Johor gagal mengurus dengan baik industri ini kerana ianya berkait rapat dengan kepentingan politik parti pemerintah. Projek ini jarang melalui proses tender yang telus, kebanyakan melalui "rundingan terus".
3) Kerja2 meletupkan batu dan pengorekan tanah menyebabkan ancaman keselamatan, kesihatan dan geologi kepada penduduk setempat. Derita penduduk setempat bertambah lagi dengan pencemaran bunyi, kualiti udara yang tercemar dan merosotnya kualiti hidup.

Tindakan keras dan tegas mesti dikenakan kepada dalang2 disebalik projek ini. Jangan "double standard" dan pilih bulu untuk menguatkuasakan sesuatu undang2.

Isu pasir adalahsoal "Anugerah Tuhan, Kedaulatan Negara dan Kepentingan Awam". Tidak salah Kerajaan UMNO/BN Johor mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam urusan menguruskan hasil buminya. Hasil urus tadbir yang baik dan telus menyebabkan kantung hasil Pejabat Tanah & Galian (PTG) negeri Selangor yang dahulunya kering kini sudah mulai kembung. Lebihan untung dari hasil penjualan pasirnya dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk rebet air, RM2000 untuk khairat kematian warga emas dan peruntukan RM2500 setahun untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas. Inilah Kerajaan Berkebajikan. Kerajaan Johor bila lagi...............???

Azman Hashim
Naib (I)
Ketua AMK Johor

Rabu, 10 Disember 2008

CERAMAH PERDANA - ISU TANAH RUNTUH

Angkatan Muda Keadilan Parit Sulong (Zon 1) akan mengadakan Siri Ceramah Perdana pada 12 Disember 2008 (Jumaat) bertempat di KM3, Jalan Besar Sri Medan, Batu Pahat Johor jam 9.00 malam. Penceramah terdiri daripada Sdr. Hasmi bin Hashim (Ketua Bahagian PKR Parit Sulong) dan YB Sdr. Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor). Marilah kita bersama mendengar penjelasan dan isu terkini politik semasa tanah air. Harap maklum

SERPIHAN PRM DI JOHOR... KENAPA DAN MENGAPA

Umum telah mengetahui bahawa Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah bergabung demi untuk memperkukuhkan kedudukan dan kekuatan sebagai parti politik di Malaysia. Maka ujudlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden PRM iaitu Prof. Dr. Syed Hussein Ali kini menjadi Timbalan Presiden (PKR). Akan tetapi kami sering tertanya-tanya dan sering bertanya-tanya kenapa Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang masih lagi wujud di Negeri Johor ini. Bukan untuk menidakkan kewujudan parti ini lebih awal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan tetapi semacam ada yang tidak kena semasa penggabungan di peringkat Negeri Johor kalau tidak masakan Hasan Karim, S.K. Song dan beberapa pimpinannya masih setia bersama PRM. Polemik ini memberikan satu gambaran yang kurang sihat di dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan negara. Kita lihat keputusan pada PRU-12 di N45 Stulang :-

1. Mok Chek Hou (BN) (16,273 undi)
2. Song Sing Kwee (PRM) (2,198 undi)
3. Norman Fernandez (DAP) (10,092 undi)

Jika kita selidiki, jumlah undi calon PRM dan DAP jika dicampurkan, majoriti kemenangan calon BN sekadar 3,983 undi. Ini mungkin kerana ada pertandingan 3 penjuru dan pengundi berasa "confuse". Akan tetapi jika 2 kekuatan, jentera, tenaga dan juga idea kedua pemimpin ini digabungkan dengan satu tujuan untuk menumbangkan Kerajaan UMNO/BN di Johor, kami yakin dan percaya, bukan setakat mengecilkan lagi majoriti itu bahkan Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi satu lagi kerusi di Negeri Johor ini.
Apakah ada isu/perkara yang masih belum selesai ketika perbincangan mengenai penyatuan PRM dan PKN??? Apakah ada tok dalang yang cuba bermain wayang kulit dalam isu ini sehingga kepimpinan PRM masih setia bersama PRMnya???? Apakah keegoan pemimpin atau idealogi parti itu lebih penting dari matlamat untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN???? Rakyat sedia menghadapi apa jua dugaan demi mempertahankan pemimpin yang mereka tetapi kenapa ada sebilangan pemimpin lebih mementingkan egois mereka.
Jika PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya mahu menawan Negeri Johor, isu yang dibangkitkan ini harus diselesaikan. Samada Perhubungan Negeri atau Pimpinan Pusat haruslah segera menyelesaikan kemelut ini agar ianya tidak berpanjangan. Jika ianya berterusan dan menjadi barah, sukar untuk generasi akan datang menyembuhkannya.
Kami amat berharap perkara ini akan mendapat perhatian serius dari Pimpinan Negeri atau pun Pusat sekiranya ingin menumbangkan Kerajaan UMNO/BN di Negeri Johor ini.
Sehubungan dengan itu, kami amat berharap, maklumat lanjut dari pembaca yang mengetahui isu sebenar permasalahan ini agar kita dapat menyelesaikan isu ini bersama. Bukan untuk mencari silap siapa tetapi kita hendak menyelidiki punca kesilapan agar ianya dapat diperbetulkan.

Sabtu, 6 Disember 2008

MESYUARAT AMK ZON1 DI TUNDA

Ketua Saketariat Zon 1 Sdr. Mohd Azam Basri memaklumkan bahawa Mesyuarat AMK Zon 1 yang dijadualkan pada hari ini (06 Disember 08) telah ditunda ke tarikh 12 Disember 08, bertempat di Markas PAS Pt. Baru, Air Hitam.
Sebarang pertayaan bolehlah berhubung terus kepada Sdr. Mohd Azam di 016 6954722.

Jumaat, 5 Disember 2008

IBADAH KORBAN OLEH ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor buat pertama kalinya akan mengadakan Ibadah Korban sempena Hari Raya Eidul Adha yang akan di kendalikan oleh Angkatan Muda Keadilan Zon 2. Ibadah Korban tersebut akan dijalankan di dua tempat iaitu di Masjid Jamek Simpang Renggam yang akan di ketuai oleh Ketua AMK Simpang Renggam Sdr. Faizul Abd Ghani manakala Sdr. Khalid Osman yang merupakan Ketua AMK Sri Gading merangkap Ketua Saketeriat Zon 2 akan mengetuai Ibadah Korban di Taman Teratai, Sri Gading. Kedua-dua Ibadah korban ini akan diadakan pada hari raya pertama iaitu 8hb Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429 Hijrah. Diharap ahli-ahli AMK yang berhampiran dapat membantu dan memberi kerjasama agar program/ibadah tersebut berjalan dengan lancar.

Sekalung ucapan tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor Zon 2 dan semoga ibadah tersebut diterima oleh ALLAH swt hendaknya...

MESYUARAT AMK ZON 1

Satu Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Zon 1 yang melibatkan AMK Bahagian Pagoh, Bakri Muar, Pt. Sulong, Ledang, Segamat , Labis dan Sekijang akan diadakan pada :-

Tarikh : 06 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 0830 malam
Tempat : Pejabat PKR Bhgn. Ledang
Bukit Kangkar, Sg. Mati
Muar
Agenda : 1) Pembentukan Jawatankuasa Zon 1
2) Perancangan Tahun 2009
3) Lain-lain hal

Sehubungan dengan itu, Ketua AMK Bahagian dalam Zon 1 adalah diminta untuk membawa Timbalan Ketua AMK Bahagian dan Setiausaha AMK Bahagian ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ketua Saketeriat AMK Zon 1 iaitu Sdr. Mohd Azam Basri (016 6954722).

PILIHANRAYA KECIL P36 KUALA TERENGGANU


Telah pun diumumkan tadi bahawa hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Januari 2009 dan sekiranya ada pertandingan pengundian pula ditetapkan pada 17 Januari 2009 , Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan di Putrajaya hari ini. Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mestilah bersiap sedia untuk menjalankan tugas sebagaimana tugasan kita di Permatang Pauh dan kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor akan menyokong siapa pun calon yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti komponen Pakatan Rakyat dan sedia berkerjasama bagi memenangkan calon pilihan tersebut.

Khamis, 4 Disember 2008

USUL TERSASAR???

Kongres Nasional PKR 2008 berakhir sudah, penuh cerita, penuh sejarah dan banyak lagi. Ucapan ribuan terima kasih kepada Perhubungan Negeri PKR Negeri Johor kerana memberi kepercayaan kepada wakil dari Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor untuk menjadi pembahas negeri pada kongres tersebut.

"Trend" perbahasan kali ini sudah berubah. Pembahas kedua hanya dibenarkan membahas usul ekonomi dan pendidikan sahaja. Kedua usul ini pula dibentang oleh wakil parti sejurus sebelum giliran pembahas sampai. Usul pendidikan sebagai contoh, Pembahas mesti membahaskan usul yang dibentang oleh Dr. Md Nor Manuty selaku wakil parti selepas beliau berucap. Sudah pastilah para pembahas tidak punya ruang waktu yang cukup untuk mengulas, mengupas dan menggulung perbahasan tersebut dalam masa yang cukup singkat. Akibatnya, sebahagian pembahas tersasar dari kehendak urusetia kongres. Apa pun ini satu latihan yang baik agar pembahas sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

Saya juga menghadapi senario yang serupa. Pada awalnya urusetia memaklumkan bahawa pembahas negeri Johor akan membahaskan usul ekonomi tetapi ianya ditukar pada saat akhir kepada usul pendidikan. Namun sempat juga saya menggulung hujah Dr. Md Nor Manuty berhubung soal reformasi pendidikan menengah, rendah, agama disamping pendemokrasian pendidikan dan juga isu bahasa inggeris.

Saya juga menggunakan baki ruang waktu waktu yang tinggal untuk menyentuh isu yang berkaitan dengan Johor (WPI). Ada yang tidak berpuashati dengan isu tambahan tersebut malahan ada yang mengatakan ianya tersasar jauh tapi pada fikiran saya Kongres adalah platform terbaik untuk umum mengetahui senario semasa yang berlaku di Negeri Johor. Kedaulatan, Tanah Rezab Melayu & Tanah Adat, Pemmilikan Hartanah untuk warga asing dan isu pekerja asing yang semuanya terkandung dalam perjanjian WPI yang mana ia perlu diberi perhatian serius.

Ucapan ribuan terima kasih kepada MPT Melaka, Sabah dan Sarawak yang memberikan respon positif terhadap usul yang saya bahaskan dan juga isu tambahan tersebut. Lebih mengharukan, kekanda kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Tuan Haji Idrus Ibrahim mencadangkan kepada saya bahawa Isu WPI ini perlu diperhalusi dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk tindakan lanjut.

Saya bagi pihak AMK Johor amat berbesar hati dengan saranan dan ulasan yang diberikan terutama dari Tuan Haji Idrus sendiri, AMK Johor sentiasa pro-aktif dan peka kepada setiap perkara yang berlaku dan akan sentiasa memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea dan juga buah fikiran demi mempertahankan kedaulatan dan hak Negeri/Negara tercinta ini.

Nor Azman Hashim
Naib (I) Ketua AMK Johor

KHAS UNTUK SAHABAT

TIADA LAGI AKU

Selasa, 2 Disember 2008

NOTIS : " BICARA EKONOMI BERSAMA YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

AMK Johor penganjur diskusi seperti tertera diatas memaklumkan diskusi tersebut mungkin ditunda ke tarikh lain. Makluman lain akan diberitahu kelak.
Kepada mereka yang dilantik sebagai wakil utk tempahan tempat duduk diminta bekukan sementara waktu sehingga notis seterusnya. Harap maaf

Zabidi Abas

Din Beramboi : Kongres 2008

.... disautu pagi pakcik tengah kutip besi buruk tetiba pakcik terjumpa otai UMNO. pakcik terus 'terjah...'
DB : Fewittt... cantik seliper, masjid mana kebas ???
Otai : Alamak... Dato' Din. Long time no see... huhuhuhu.
DB : Bukan 'wrong time to see' kaa.... sudi-sudilah kasi curut sebatang...
Otai : Alahai... orang kaki paw cam kau ni, satu karton pun aku leh kasi...
DB : Macam teringin nak makan seliper nih... apa citer UMNO skrg bangg...
Otai : Entah lah Din sejak Kongress PKR nih aku tengok semuanya menung...
DB : cakap salah... tak cakap salah.. semuanya serba salah.... ( sambil nyanyi lagu tu 3-4 kali )
Otai : Hang rasa cam mana Din...
DB : Yang menang takut kalah, yang kalah mesti nak menang....
Otai : Yang tak bertanding & tadak jawatan pulak ?
DB : Join aku kutip besi buruk la... jadi kaki tempel pun bole maaa....
Otai : Betoi..betoi ....

DERMA KILAT MANGSA BANJIR

AMK Johor mengalu-alukan kepada semua untuk membantu mangsa banjir di pantai timur terutama di Kelantan. Bantuan dalam bentuk makanan, keperluan harian dan tunai amat-amat dialu-alukan.
Sila hubungi :-
En Zabidi Abas : 019 765 4699
En. Nazri Ismail : o17 735 8397

Dr. Zaliha Mustafa : Cekal Dalam ' Harapan Baru'

Bermula sebagai Ketua Wanita Johor Bahru dalam keADILan 10 tahun lepas. Kini beliau sebagai Exco Majlis Pimpinan Tertinggi, Ketua Wanita Johor dan Ketua Bahagian Gelang Patah.
Beliau juga telah terpilih sebagai calon keADILan sebanyak 3 kali di Piliharaya Umum. Dengan semangat juang yang makin meninggi, beliau meneruskan arus perjuangan tanpa erti penat lelah. Walaupun diuji, difitnah dan diperlekehkahkan oleh parti lawan segelintir masyarakat umum. Beliau dengan kewibawaan dan darah perjuangan dalam diri , masih tegar memperjuangkan keADILan.
Rakan-rakan seangkatan beliau seperti Dr. Zahari, Aziz Sardan, Pn. Indah , Lokman Nooradam , Rahman Othman dan ratusan banyak lagi telah lama tewas dipersada keADILan Johor.
Kini beliau menjadi peneraju utama Bahagaian Gelang Patah dan Wanita Johor. Dugaan dan cabaran adalah pemakin kewibaannya. Gelang Patah dan Johor kelihatan kian berseri-seri dengan sentuhan 'mawar putih' ini.
AMK Johor mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala peranan dan usaha beliau selama ini. Kepada Dr. Zaliha Mustafa penulis mengalungkan doa dan harapan agar beliau terus lebih cermerlang. Tahniah yang tidak terhingga.

Isnin, 1 Disember 2008

ANWAR ON KONGRES 2008

http://www.youtube.com/watch?v=mJoUBE7pusg&eurl=http://anwaribrahimblog.com/

KONGRES PKR 2008 : MAWI OHH MAWI

Rata-rata Exco AMK Johor menerima sms selepas Sdr. Zabidi menyebut perihal Mawi di Kongres Nasional. Malah selepas media utama menyiarkan kisah Mawi di media utama terutama di TV3. SMS tambah bertalu-talu.
Sdr. Zabidi hanya mencadangkan AMK merapatkan diri dengan masayarat umum, anak-anak muda, dan ahli parti lawan dan artis-artis agar mereka dapat penjelasan pada dasar-dasar parti dengan jelas.
Beliau juga menceritakan kisah Mawi dahulu adalah pendokong dan jentena AMK Johor sebelum popular. Mawi yang bimbang periuk nasinya dipenuhi pasir menyatakan jangan kaitkan beliau dengan PKR dan Reformasi.

AMK Johor mengucapkan terima kasih kepada Mawi diatas bantuannya sebelum beliau mereka bergelar artis. Perlu diingat AJK AMK Senai menguruskan beberapa bas ke Kuala Lumpur dan kami sepakat mengisi prepaid sebanyak mungkin untuk mengundi beliau. Kelab sorak juga AMK Senai tubuhkan dengan duit sendiri.

AMK Johor ucapkan Selamat pengantin baru kepada Mawi.

KONGRES PKR 2008 : DIMENSI HARAPAN BARU

AMK Johor telah mengambil keputusan tepat dengan pemilihan Sdr Zabidi dan Sdr. Noorazam sebagai pembahas AMK Johor. Gara-gara beberapa pihak membimbangi AMK Johor tidak berkeupayaan dipersada populariti. Kini menjadi bahan cemburu AMK negeri lain.
Walaupun Noorazman tidak upaya berucap dipentas AMK. Namum beliau dibenarkan berucap dipenatas lebih besar iaitu Pembahasan Nasional.
Sdr. Lau, walaupun jawatan sebagai ketua bahagian Ledang tetap beliau merupakan Exco AMK Nasional. Beliau dengan tegas memberi inpirasi baru kepada AMK Johor agar lebih tegas 'merampas Johor' .
AMK Johor bangga mereka bertiga, penulis merasa sangat terharu dengan setiap cadangan, seruan dan teguran Johor diiringi dengan tepukan dan jeritan padu dari perwakilan pemerhati dan barisan pimpinan.
Syabas AMK Johor.

Ketua Penerangan AMK Johor