Isnin, 27 Oktober 2008

'EDGING BSKL' Dan Faktor Perubahan Kerajaan

AMK Johor sangat bersetuju kenduran waktu yang Dato' Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) mengambilalih pucuk pimpinan Negara. Kami pasti faktor kesilapan yang jelas yang dilakukan oleh BN menyebabkan rakyat dan negara kerugian yang amat besar.
Isu 19 September langsung tidak mengusarkan kami, malah AMK Johor bersetuju dengan beliau melewatkan tarikh itu.
Dalam pasaran saham yang menjunam mendadak dan ekonomi Malaysia kearah kehancuran, kami pasti beliau berhati-hati menyusun langkah seterusnya. kami juga tidak bersetuju jika belaiu menjadi PM Malaysia sekarang. Risikonya terlalu tinggi dengan pelabur 'membiarkan edging down pada pasaran saham dan membekukan asset tunai kepada pelaburan jangka panjang ( Bond & Simpanan Tetap )
Kami menganggarkan DSAI melancarkan 'serangan sebenar' pada suku akhir kedua tahun hadapan. Pasaran modal menampakkan pelabur berhati-hati dengan kondisi pada ekonomi & politik Malaysia yang terlalu panik.
Bagi AMK Johor lagi lambat lagi baik kerana 'keadaan semakin selesa' bagi beliau membangkitkan segala kemahirannya. Tidak mustahil sebelum April 2009 Indek BSKL keparas 500 mata.

Tiada ulasan: