Rabu, 12 November 2008

Tun Mahathir Sudah Punya Teman Merapu

Ketika Sammy Vellu menjadi Menteri Kerjaraya, Ahli Parlimen Johor Bahru merupakan hero Malaysia. Ketika itu hampir semua Kementerian 'disemburnya. Kini beliau lebih kerap merapu, malah lebih teruk dari Tun Mahathir.
Hari ini di Utusan Malaysia Mr. Johor Bahru menyatakan mungkin menetapkan harga minimum petrol. Harga syiling barang kawalan terbiar begitu sahaja. Malah tanpa segan silu beliau pernah menyindir Ahli Parlimen muda dari Pakatan Rakyat kerana lantang mengeritik beliau.
AMK Johor berharap Mr. Johor Bahru lebih baik 'buat kerja' dari merapu pada wartawan dan di kaca televisen.

Tiada ulasan: