Khamis, 18 Disember 2008

FELDA SEMENCHU - BAHAGIAN 1

PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) -- Felda Semenchu, terletak di daerah Kota Tinggi, Johor hari ini diisytihar pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2008 bagi meraih hadiah RM1 juta.Hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengurus Felda Semenchu, Mat Noh Abdullah, sempena sambutan Hari Peneroka 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari Isnin.
Mat Noh berkata setiap seorang daripada 628 peneroka di kampung itu akan menerima RM1,000 daripada hadiah wang itu, manakala bakinya akan digunakan untuk projek-projek pembangunan termasuk menambah baik prasarana dan industri 'homestay' di tanah rancangan itu.Tanah rancangan Felda Semenchu meliputi kawasan seluas 2,543 hektar, dengan 178 hektar daripadanya kawasan kampung.
Ia pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini termasuk naib johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Johor dan tempat ketiga bagi pertandingan sama peringkat nasional.Mat Noh berkata kemenangan itu merupakan hasil hubungan erat dan kerjasama penduduk rancangan tanah itu dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan."Kalau kita buat gotong-royong, daripada yang kecil hinggalah generasi kedua dari luar pun datang untuk bergotong-royong sama-sama," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu.Mat Noh berkata bahawa menjelang pertandingan itu, penduduk Felda Semenchu melawat kawasan Felda yang lain dan merakamkan beberapa kelebihan mereka."Kita nilai dan kita cuba meningkatkan kelebihan kawasan kita mengatasi mereka," katanya.Ditanya mengenai rahsia mengekalkan kebersihan dan keindahan kawasan Felda itu, Mat Noh berkata mereka mengupah antara lima hingga enam orang pekerja bagi melakukan pembersihan harian, dengan menggunakan wang sumbangan masyarakat, selain bergotong-royong pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi membersihkan sesebuah blok mengikut jadual."Kita juga ada gotong-royong khas, iaitu sebulan atau dua bulan sekali untuk membersihkan masjid, kawasan perkuburan dan dewan," katanya.Program AKKF bertujuan menjadikan rancangan Felda bersih, indah dan menarik. Sebanyak 36 kawasan rancangan Felda telah dibuat penilaian awal dan 10 rancangan terpilih untuk memasuki pusingan akhir untuk dinilai oleh panel enam hakim.

**** ikuti kisah seterusnya mengenai isu Felda Semenchu. Kami mengharapkan respond dari pembaca mendedahkan tangan2 ajaib dalam isu Felda Semenchu.

Tiada ulasan: