Rabu, 17 Disember 2008

KG BARU PLENTONG TENGAH

Esok akan menjadi satu lagi lipatan sejarah bagi sebahagian penduduk Kg. Baru Plentong Tengah kerana mereka yang tidak menandatangani akujanji akan dirobohkan rumahnya oleh pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd. Manakala yang telah menandatangani akujanji tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2008. Perasaan sayu dan hiba ketika skuad AMK Johor membuat tinjauan ke kampung tersebut yang mana dahulunya sibuk dengan aktiviti penduduk tapi kini lenggang. Ada diantara mereka telah pun berpindah ke rumah transit yang disediakan oleh Kerajaan Johor walaupun bantuan rumah transit tersebut ibarat "melepas batuk ditangga". Prasarana yang serba kurang membuatkan ada diantara mereka menyewa rumah-rumah yang berhampiran dengan kampung tersebut. Tuan2 rumah pula ada yang mengambil kesempatan menaikan kadar sewa rumah mereka. Sudah hilangkah perasaan simpati mereka ini yang terlalu mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain... hanya berkiblatkan duit ringgit... Ingatlah yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Kg. Berembang dan Kg. Rimba Jaya... Jadikanlah ia sebagai tauladan.

Esok juga pada jam 2.00 petang dijangka wakil SUHAKAM akan datang melawat kampung ini untuk melihat dan mendengar sendiri dari penduduk kampung di samping membuat lawatan ke rumah transit di Bukit Dagang. Harapan agar ada sedikit sinar untuk penduduk kampung yang malang ini.

Kini penduduk atau bekas penduduk Kg. Baru Plentong Tengah mempersoalkan dan tertanya-tanya bagaimana seorang bekas YB yang kini menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada Syarikat Bukit Lenang Sdn Bhd iaitu pemaju yang menuntut Kg Baru Plentong Tengah. Untuk rekod, Bekas YB ini seorang yang berketurunan Melayu juga beragama Islam.

Seorang penduduk memberitahu kami bahawa beliau ingin sekali melihat reaksi bekas YB ini dan berharap dia berada di kawasan kampung bagi melihat surau kampung tersebut diranapkan dan dirobohkan nanti.

AMK Johor mengharapkan agar semua AMK Bahagian yang berdekatan agar dapat menghadirkan diri pada esok hari sebelum jam 2 petang ke Kampung Baru Plentong Tengah bagi memberikan sokongan moral juga bantuan yang diperlukan oleh penduduk kampung tersebut.

Tiada ulasan: