Selasa, 16 Disember 2008

AMK PT SULONG GEMPUR SRI MEDAN

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong sekali lagi telah berjaya menerobos ke kubu kuat UMNO dengan mengadakan Pentas Anak Muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK Pt. Sulong telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai penceramah utama pada malam itu. Di dalam ucapannya, Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyentuh isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga menerangkan isu-isu panas di Negeri Selangor yang di cuba dimainkan oleh media perdana dan memberitahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan fahaman politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun Sri Medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno/BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berhampiran seperti penduduk dari Parit Yani, Parit Sulong dan Peserai amat menggalakkan malahan kehadiran daripada penduduk dari Sri Medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membuktikan bahawa sokongan dan keyakinan masyarakat Johor terhadap Pakatan Rakyat bertambah. Penceramah lain pada malam itu adalah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan juga Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.

Tiada ulasan: