Khamis, 11 Disember 2008

PASIR OHHHH PASIR

Bila TV3, Utusan Malaysia serta media arus perdana yang lain memainkan isu pasir di Teluk Ramunia, Johor, pemimpin UMNO kawasan mula menuding jari antara satu sama lain. Para wartawan mula mencari YB Azalina dan Adunnya kerana Teluk Ramunia yang berada dalam kawasan Parlimen Pengegerang. Terketaq-ketaq la YB Azalina dan ADUNnya menjawap soalan para wartawan.

Isu ini dilihat lebih kepada serangan peribadi Najib untuk terus merosakan imej Muhyiddin Yassin, calon terhanggat sebagai Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri menjelang pemilihan agung UMNO mac nanti. Ramai politikus maklum bahawa Najib dan Muhyiddin bukanlah regu yang "secocok" bahkan mereka juga tidak sehaluan. Umum juga mengetahui yang Muhyiddin banyak memberi projek pasir kepada kroninya semasa beliau menjadi MB Johor dulu. Beliau jugapernah dianggap sebagai "Menteri Brooker" kerana menjual tanah Johor kepada orang Singapura di zaman beliau menjadi MB dulu.

Sebenarnya banyak kawasan di Johor ni yang dahulunya hutan, sekarang sudah menjadi lombong. Dulunya bukit kini sudah menjadi tasik. Semua adalah kesan dari aktiviti pengorekkan pasir. Perkara ini sudah berlaku puluhan tahun lamanya, bukan setakat di Teluk Ramunia atau kawasan Penggerang sahaja, malah ianya berlaku di merata tempat. NGO, Parti Pembangkang dan masyarakat setempat telah banyak kali menyuarakan isu ini, namun kerajaan negeri buat "derk" je... buat bodoh... tiada tindakan susulan dibuat...

Industri pasir memberi pulangan agak lumayan. Selain pasaran domestik, permintaan dari negara jiran juga tinggi. Ia digunakan untuk tujuan pembinaan dan juga tebus guna tanah. Seperti Kerajaan Singapura, mereka amat memerlukan pasir untuk meluaskan wilayahnya. Dalam masa 20 tahun terakhir ini, keluasan Singapura sudah bertambah 1/2 kali ganda dari asal hasil penambakan laut dan tebus guna tanah.

Pada tahun 2000, Kerajaan UMNO/BN mengeluarkan larangan penjualan pasir kepada negara jiran. Tapi larangan itu hanyalah larangan fatamorgana... larangan hampeh... aktiviti penjualan pasir tersebut semakin rancak. Ye la.... Yang Melarang, Yang Menguatkuasa, Yang mengusahakan dan Yang Menjual pasir nie terdiri dari juak-juak yang sama. 1 untuk kau 1 untuk aku... 2 untuk kau 2 untuk aku....

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor berpendirian dan mengesa Kerajaan UMNO/BN menghentikan aktiviti ini serta merta kerana :-
1) Pasir adalah anugerah ALLAH kepada warga Johor. Hasil bumi ini sepatutnya dikongsikan bersama rakyat Johor seluruhnya. Bukan dibolot oleh tauke2 yang berkepentingan sahaja.
2) Kerajaan UMNO/BN Johor gagal mengurus dengan baik industri ini kerana ianya berkait rapat dengan kepentingan politik parti pemerintah. Projek ini jarang melalui proses tender yang telus, kebanyakan melalui "rundingan terus".
3) Kerja2 meletupkan batu dan pengorekan tanah menyebabkan ancaman keselamatan, kesihatan dan geologi kepada penduduk setempat. Derita penduduk setempat bertambah lagi dengan pencemaran bunyi, kualiti udara yang tercemar dan merosotnya kualiti hidup.

Tindakan keras dan tegas mesti dikenakan kepada dalang2 disebalik projek ini. Jangan "double standard" dan pilih bulu untuk menguatkuasakan sesuatu undang2.

Isu pasir adalahsoal "Anugerah Tuhan, Kedaulatan Negara dan Kepentingan Awam". Tidak salah Kerajaan UMNO/BN Johor mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam urusan menguruskan hasil buminya. Hasil urus tadbir yang baik dan telus menyebabkan kantung hasil Pejabat Tanah & Galian (PTG) negeri Selangor yang dahulunya kering kini sudah mulai kembung. Lebihan untung dari hasil penjualan pasirnya dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk rebet air, RM2000 untuk khairat kematian warga emas dan peruntukan RM2500 setahun untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas. Inilah Kerajaan Berkebajikan. Kerajaan Johor bila lagi...............???

Azman Hashim
Naib (I)
Ketua AMK Johor

Tiada ulasan: