Jumaat, 23 Januari 2009

BANGUNAN MILIK UMNO DIDAKWA TIDAK JELASKAN CUKAI

Beberapa bangunan milik Umno bahagian dan cawangan di Pulau Pinang didakwa gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu berjumlah RM236,558.24 sejak beberapa tahun lalu. Bangunan berkenaan ialah Umno Bahagian Permatang Pauh dengan tunggakan RM25,548 sejak tujuh setengah tahun lalu, Umno Cawangan Pekan Darat, Kepala Batas berjumlah RM1,582 (tujuh tahun). Umno Cawangan Teluk Air Tawar di Butterworth sebanyak RM228 (10 tahun), Umno Bahagian Bagan sebanyak RM209,135.45 (10 tahun setengah) dan Sekretariat Kelab Umno di Permatang Pauh sebanyak RM64 (setahun).... Sumber berita : Berita Hairan Online.

Diharap selepas ini negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak membuat semakan terhadap bangunan2 umno yang berdiri megah, berkemungkinan bangunan itu juga tidak menjelaskan cukai. Atau pun peruntukan cukai itu mungkin sudah di"bunian"kan oleh pemimpin yang amat bertanggungjawap. Bak kata Kassim Baba "Hai lampu, nasib baik kau panas kalau tak kau pun aku kebas"....
Berkemungkinan di Johor ini juga ada bangunan umno yang tidak membayar cukai. Bayangkan jika rakyat terlewat membayar cukai (bukan tak bayar), maka berbagailah tindakan itu dan ini dikenakan.
Pesanan untuk "GERAK", Sdr. Nazree dah boleh buka fail "EDISI SIASAT" berkaitan isu ini. Mungkin ada penyelewengan berkaitan isu ini. Itu pun kalau betul2 nak gempur atau anti sangat dengan RASUAH & PENYELEWENGAN ni, jadi kenalah buat "homework" sikit.
Mungkin ayat ini perlu menjadi ingatan kepada pimpinan umno/bn tidak kira peringkat tertinggi, negeri, bahagian atau cawangan... 'NEGARA INI BUKAN UMNO/BN YANG PUNYA, NEGARA INI RAKYAT YANG PUNYA, NEGARA INI HAK RAKYAT"...

"Bayarlah cukai woi..... Duit jota-jota, bayar cukai pun tak mampu ke...."

Tiada ulasan: