Jumaat, 23 Januari 2009

DEMONTRASI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL

Ketua AMK Ledang yang juga Ketua Saketeriat Zon 1, Sdr. Noor Azam, mengetuai demontrasi membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin bersama-sama pimpinan PAS di perkarangan Masjid Jamek Muar selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Selain dari jemaah yang bersolat di masjid tersebut, perhimpunan ini turut disertai oleh mereka yang bukan beragama islam, yang turut terpanggil untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kezaliman Israel itu. Dianggarkan seramai 200 orang. Mereka melaungkan "Jahanam Israel" dan membakar bendera Amerika.
Perhimpunan ini juga meminta orang ramai agar tidak lagi mengunjungi KFC dan Mc Donald kerana syarikat-syarikat ini telah secara langsung menyumbang kepada Israel.
Sebuah kereta Peronda POLIS dengan bantuan oleh SB memerhati para peserta perhimpunan. Muslimat PAS juga kelihatan membantu mengedarkan risalah-risalah mengenai kekejaman Israel kepada orang ramai yang memerhati dari jauh dan yang lalu lalang sekitar perhimpunan tersebut.
DAP dan masyarakat Cina juga tanpa selindung menyatakan bantahan terhadap Israel dengan menyertai himpunan ini dan juga turut memberikan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin. Perhimpunan tamat pada jam 2.30 petang.

Tiada ulasan: