Selasa, 6 Januari 2009

HIMPUNAN 100 RIBU - SELAMATKAN BAHASA MELAYU

Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Datuk Dr. Hassan Ahmad yang sanggup mengetuai saketeriat itu juga telah memaklumkan bahawa butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan dan ianya bergantung kepada keputusan hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas Rabu depan.

Dr. Hassan juga melahirkan perasaan kekecewaan beliau kepada pihak kerajaan kerana bersikap lepas tangan dalam menyelesaikan isu PPSMI ini. Sebelum ini beliau mengharapkan kepimpinan umno bersama-sama menangani kemelut ini namun beliau turut merasa kecewa kerana dalam umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap "pak turut".

Kecewa dengan "respond" yang diberikan oleh pimpinan umno/bn beliau mengharapkan keterlibatan beberapa NGO dan sayap Pemuda Pakatan Rakyat untuk menyertai perhimpunan ini bagi menyerahkan "memorandum" kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung memohon campur tangan baginda sebagai Ketua Negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

Tiada ulasan: