Selasa, 6 Januari 2009

PENAMAAN CALON PRK P036 KUALA TERENGGANU

Proses penamaan calon selama sejam yang berakhir pada pukul 10 pagi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon (PAS), Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon (BEBAS), Azharudin Mamat @ Adam menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.
Difahamkan, rombongan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 50,000 orang. Pemimpin-pemimpin parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit dan paling mencabar. Pimpinan UMNO/BN juga mengeaskan bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula UMNO/BN itu.
Menurut Timbalan Ketua AMK Johor - Sdr. Zabidi yang berada di Kuala Terengganu sejak semalam, kepimpinan PKR yang turut hadir dalam proses penamaan calon antaranya adalah Timbalan Presiden, Dr. Syed Hussin Ali, Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, YB Azmin Ali, YB Tian Chua, YB William Leong, YAB Tan Sri Khalid. Manakala kepimpinan Angkatan Muda Malaysia di ketuai oleh Ketua Angkatan Muda Malaysia Sdr Samsul Iskandar, Setiausaha AMK Malaysia Sdr. Zulfikar dan exco-exco AMK yang lain.
Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala .Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar perjuangan AKIM selari dengan PAS.
Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka pulang ke tanahair pada hari ini selepas bercuti diluar negara, akan terus ke Kuala Terengganu untuk sama-sama berkempen bagi memenangkan calon PAS/Pakatan Rakyat iaitu YB Abdul Wahid Endut. Sama-sama kita berdoa dan terus berusaha dan berkerjasama demi memenangkan calon pakatan rakyat.

Ayuh... Gelanggang sudah dibuka, Gendang sudah dipalu... Nah.. Kita bertempur dan berjuang habis-habisan hingga kemenangan mutlak dicapai. Insya-ALLAH AMK Johor akan pasti turun bersama mengempur habis-habisan kubu UMNO/BN.

Tiada ulasan: