Khamis, 22 Januari 2009

ISKANDAR MALAYSIA - BHGN. 1

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau di kenali sebagai Iskandar Malaysia adalah sebuah kawasan pembangunan komprehensif yang berkeluasan 2,217km persegi (540,281 ekar). Keluasannya adalah 48 kaliganda keluasan Putrajaya, 3 kaliganda Singapura, 2 kaliganda Hong Kong atau 2/3 kaliganda Dubai. Bayangkan keluasan Wilayah Pembangunan Iskandar ini.
Pembangunan WPI ini melibatkan 20% tanah adat dan tanah rezab melayu. Ia juga memberi kesan kepada 10 perkampungan orang asli, puluhan kampung melayu tradisional dan 7 tanah rancangan FELDA. Ini juga bermakna, Status tanah adat dan Tanah Rezab Melayu hampir pasti tergadai jika tiada kaedah penggantian disediakan bagi tanah2 yang telah diambil ini.
Satu badan berkuasa dipanggil 'IRDA' atau Iskandar Region Development Autority telah ditubuhkan untuk mentadbir dan menyelia segala perancangan pembangunan di WPI ini. Badan ini ditubuhkan dibawah Akta IRDA 2007 (Akta 664) yang mana akta ini banyak kelemahan serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Antaranya :-
  • Dibawah akta IRDA, section 50 - "Tiada tindakan Guaman, Pendakwaan dan Prosiding yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan IRDA
Peruntukan ini memberi perlindungan dan kekebalan (immunity) kepada Perdana Menteri dan IRDA. Ia amat bercanggah dengan :-
  • Bahagian II, Artikel 8(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut "Semua orang mempunyai hak yang sama disisi undang2"
  • Akta IRDA juga melindungi Perdana Menteri dan pihak IRDA dari dipersalahkan seandainya sesuatu berlaku kepada WPI.
ikuti sambungannya...

Tiada ulasan: