Khamis, 22 Januari 2009
BENARKAH TAN SRI KHALID TERLIBAT..?????
Semalam Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk dikorbankan dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak dituduh menggunakan wang negeri sebanyak RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Semalam juga dalam maklum balasnya, Tan Sri Khalid menafikan penyelewengan tersebut dan beliau bersedia untuk disiasat oleh SPRM. Begitulah sifat sebenar orang yang 'Berani kerana benar dan takut kerana salah'. Sifat terbuka Tan Sri Khalid harus menjadi contoh kepada Menteri Besar yang lain. Pada kami, jika benar Tan Sri Khalid bersalah maka hukumlah dia sewajarnya mengikut undang2 negara. Sesungguhnya PKR tidak pernah melindungi pesalah undang2.
Diharap selepas ini GERAK akan terus membongkar apa juga penyelewengan terutama di Johor ini berkaitan isu2 tanah dan pelbagai lagi. Jika benar matlamat GERAK seiring dengan kehendak rakyat yang mahukan negara/negeri ini ditadbir dengan penuh ketelusan dan kejujuran serta tiada penzaliman terhadap rakyat, maka GERAK harus lebih berani mendedahkan penyelewengan kes2 yang berprofil tinggi tanpa takut dan gentar dengan sebarang tekanan.
Kami AMK Johor mengalu-alukan GERAK datang ke Johor untuk menyiasat jika ada ketidaktelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Kami sedia berkerjasama.
"Selamat Datang GERAK ke Negeri Johor Darulta'zim"

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan