Khamis, 15 Januari 2009

MANA SEMANGAT PERJUANGANMU..

Dalam sibuk kita memperkatakan siapa menang dan siapa akan kalah dalam PRK P036 Kuala Terengganu, kita jangan lupa tentang perjuangan kita di Negeri kelahiran UMNO ini. Ingatlah wahai teman-teman walau apa pun terjadi samada kehilangan pemimpin atau apa juga rintangan dan cabaran, hak kita, hak rakyat harus kita perjuangkan. Perlu di ingat, kita bersetuju dengan kerelaan hati untuk memikul tanggungjawap menumbangkan pemerintahan UMNO/BN di Negeri Johor namun sehingga sekarang UMNO/BN masih boleh terus tidur lena tanpa sebarang tekanan dari Pakatan Rakyat.
Janji kita pada Kongres 2008 November lalu masihkah dipegang atau semuanya sudah dilepaskan kerana isu yang remeh... Ingatkah kita semasa tayangan Kezaliman ISA... Bersama kita mengalirkan airmata tanpa mengira tua dan muda.. tanpa mengira yang dizalimi itu berbangsa apa... yang kita tangiskan adalah penderitaan mangsa dan keluarga mangsa ISA.
Tapi.... Apakah dengan cara kita ini sekarang mampu merubah itu semua... Jangan dipersiakan airmata itu, jangan dipersiakan tanggungjawap itu dan jangan kita lari dari PERJUANGAN itu. Jika ada kekusutan maka selesaikanlah dengan cara paling ilmiah, paling bijaksana. Bagaimana mungkin kita mahu memerintah Johor sekiranya tiada apa gerakan yang mampu menggugat UMNO/BN di Johor ini. Kita bongkar penyelewengan mereka. Kelulusan/Penjualan tanah yang berekar-ekar kepada orang tertentu tanpa mengikut prosedur yang betul perlu kita bongkar dan perjelaskan kepada rakyat agar mereka sedar keboborokan pemimpin UMNO/BN.
Ayuh... ahli PKR semua.... Kita tiada masa untuk memikirkan hal yang remeh.. apa yang perlu Semboyan Perjuangan mesti ditiupkan, Jentera Perjuangan juga perlu dihidupkan....
"TERUSKAN PERJUANGAN KITA"

Tiada ulasan: