Selasa, 31 Mac 2009

Dimensi Baru DUN Batang Air dan Malaysia

Photo ini satu kejutan bagi pemerhati politik tanah air

Semasa penamaan calon bagi Pilihanraya kecil di Batang Air. Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Yakub Sapari , penulis dan rakan-rakan Pakatan Rakyat telah menyeberangi kem VIP Barisan Nasional dan duduk semeja dengan Tan Sri Taib Mahmud, Datuk Seri Shafie Afdal dan lainnya.

Mereka terkejut dengan kehadiran kami. Awalnya kami terus bersalam dengan mereka dan terus duduk semeja. Dengan rasa kaget mereka terus dengan budaya keji semulajadi mereka lantas mengutuk-keji kami. Sautu yang lumrah , kami tidak tersinggung. Mereka sememangnya pinpinan tidak bermoral dengan tidak henti-henti dan taluan menghina terutama Menteri Penerangan yang 'masih berbuih air liur' menceritakan kisah 16 Sepetember.

Dengan sepontan Tan Sri Khalid Ibrahim menjawab, 16 September adalah hari penyatuan Malaysia. Kami semua terus ketawa, terpancar dihadapan kami muka pimpinan BN yang terkejut dengan kemahiran Menteri Besar selangor itu. Selepas 5 minit kami bersalaman dan beredar. Semua penyokong BN terkejut keiklasan kami.

Jumaat, 27 Mac 2009

Doktor Gigi diseru Kembali membuka Klinik

Bekas seorang doktor gigi telah menyalahkan Pakatan Rakyat diatas kekalahannya dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno. Walaupun tewas dia seperti mengakui lebih bijak dari menantu Perdana Menteri . Mungkin bagi bekas doktor gigi itu beranggapan banglow serta segala kemewahan yang dimiliki adalah ' anugerah tuhan'.
Lantaran itu isu Balkis dikatakan telah mempengaruhi pengundian perwakilan. Bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan Zaharah Kechik tidak melakukan sebarang kesalahan di Balkis.
Calon yang lari semasa pengumun itu masih tidak dapat menerima kekalahan BN-Umno yang lepas dan beliaulah yang sepatutnya menjadi Ketua pemuda Umno. Malang sungguh bekas doktor gigi ini, di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi ketua pembangkang tanpa sokongan rakan BNnya.

Nik Aziz Kata Perokok Lebih Hina Daripada Lembu

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah)."Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

SENARAI PEMIMPIN PASIF

Datuk Azalina Othman Said , Datuk Shahrir Samad, Datuk Noraini Ahmad , Datuk Abdul Ghani Othman , Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Khalid Nordin yang memegang jawatan penting kerajaan Barisan Nasional telah ditolak oleh pengundi Umno dari memimpin partinya.
Jelasnya, pengundi Umno di pemilihan agungnya diseru agar menolak atau tidak mengundi pemimpin korup , lesu , lembab dan tidak produktif. Mereka yang tersenarai inilah pemimpin pasif yang dimaksudkan itu. Oleh yang demikian rakyat Johor perlu menjalankan tugas mereka agar menolak mereka . Kemewahan peribadi mereka tidak perlu dipertikaikan lagi, aset berjuta-juta sudah tersergam. Entah hasil mana diselewangkan dengan licik.
Gembeleng segenap tenaga ayuh nyahkan Barisan Nasional dan Umno dari lanskap politik Johor.

Khamis, 26 Mac 2009

Fairus ditahan SPRM Mntuk Membantu Siasatan

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu ditahan di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di Johor, kira-kira jam 11 malam tadi."Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi ini.
Difahamkan, Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April ini, ditahan oleh sepasukan pegawai imigresen sebelum diserahkan kepada SPRM Johor.Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Air Molek kira-kira jam 2.45 pagi ini dan pegawai SPRM sedang mengambil keterangannya.
By ADI4ever

LAPORAN POLIS TERHADAP YB DEVAMANY



Naib Ketua AMK Johor, Sdr. Magendran dan rakan-rakan PKR Johor telah membuat laporan Polis terhadap salahlaku YB Devamany selaku Ketua MIC Johor pada 25/03/2009. Dalam laporan terbut Sdr. Magendran mendakwa Ketua MIC itu telah menyalahkangunakan kuasa apabila mempergunakan Sekolah Tamil Tun Aminah Skudai bagi tujuan politiknya.
Tindakan memperalatkan sekolah untuk meluaskan pengaruh politik adalah tindakan terdesak. Kami pihak Polis adil dalam menjalankan siasatan.

Rabu, 25 Mac 2009

Perhimpunan Bantah Pengharaman Suara Keadilan & Harakah

Perhimpunan Bantah Pengharaman Suara Keadilan & Harakah 25 Mac 2009 . Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2.00 petang .Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.
Sekian, terima kasih.

" SAYA MENYOKONG ANWAR IBRAHIM " Kata Cif Inspektor Azman

Gambar kerakusan anggota Polis semasa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alor Setar.

Semasa diundang oleh dua anggota Polis dua hari yang lepas. Mereka berkata " Masyarakat memandang pihak polis dituduh rasuah tetapi sebenarnya para pemimpin negara yang ternyata melakukan rasuah tidak diambil tindakan sewajarnya. Dan kata Cif Inspektor Azman ( nama yang diperkenalkan kepada saya ) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai krebiliti pemimpin yang diperlukan di Malaysia dari segi ketokohan dan dasar ekonomi.
Peristiwa semalam dan sebelumnya dengan jelas mereka hanya omong-omong kosong. Mungkin juga mereka terpaksa atau dipaksa oleh pegawai atasan . Yang jelasnya gambar diatas seperti menangkap pendatang asing ditapak binaan . Mungkin bagi mereka penyokong Pakatan Rakyat adalah penjenayah.
Kepada rakan-rakan, saya minta berhati-hati ketika pihak polis menemuramah. Mereka penuh dengan muslihat. Dalam politik mereka adakalanya ada diperkudakan oleh BN-Umno.
*
Zabidie Abbas
Ketua AMK Johor

Selasa, 24 Mac 2009

KDN Gantung Permit Akhbar PAS Dan PKR

Kerana terlalu bimbangkan kekalahan tiga pilihanraya kecil , Kementerian Dalam Negeri (KDN) diperkudakan sekali lagi dan menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Alasan Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kedua-dua akhbar tersebut didapati melakukan kesalahan berdasarkan aliran pemberitaan yang jelas melanggar garis panduan kementerian dan syarat-syarat permit.
Difahamkan, surat penggantungan permit Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
AMK Johor melihat langkah tersebut mempoluarkan lagi blog-blog pro Pakatan Rakyat dan secara praktikalnya kalahnya calon BN. Kami merasa simpati kepada blogers pro BN-Umno kerana terpaksa mencatat sendiri angka pengunjung dengan angka rekaan demi menjaga periuk nasi mereka.

Isnin, 23 Mac 2009

PENTAS ANAK MUDA KALI KE 3

Catatan dari meja S/U AMK Johor:-


Alhamdulillah.... 22/3/2009 (Ahad) Program Pentas Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah sempurna dijalankan di Pusat Tarbiyyah PAS, Pt. Pechah, Muar, Johor. Pentas kali ini telah menampilkan Sdr Zabidi bin Abas selaku Ketua AMK Negeri Johor, Sdr Khairul Faizi selaku Ketua DPP PAS Negeri Johor serta YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor merangkap Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor.

Pentas Anak Muda kali ini menampilkan semuanya daripada anak-anak muda yang mahu menuntut perubahan dalam sistem politik Malaysia yang telah dirosakkan oleh gerombolan-gerombolan UMNO/BN. Kebanyakkan EXCO AMK Negeri Johor turut serta turun padang pada program kali ini seperti Sdr Faizul yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Negeri Johor, Sdr Nazri sebagai Naib Ketua AMK 1, Sdr Simon selaku Naib Ketua AMK 3 turut hadir bagi membantu pada program kali ini.

AMK Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan AMK Muar yang turut sama hadir memberikan sokongan di atas program kali ini. Di waktu yang terdekat ini AMK Negeri Johor akan meneruskan siri jelajah Johor di kawasan Bakri dan Sekijang. Diharap rakan-rakan AMK di Bakri dan Sekijang dapat bersedia kehadiran kami di Pentas Anak Muda yang akan datang tidak lama lagi.

Di program kali ini, saya dapat bertemu dengan beberapa sahabat yang terdiri daripada beberapa orang Ketua UMNO Cawangan di Bahagian Muar ini yang juga rata-rata menyatakan bahawa program seperti ini haruslah perlu diperluaskan serta dibuat lebih kerap lagi. Menurut mereka juga, mereka telah muak dengan kepimpinan UMNO Bahagian Muar tetapi mereka masih belum bersedia untuk berjuang bersama kami pada waktu ini. Bagaimanapun kami mengucapkan terima kasih kerana mereka berani hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemidato jemputan hingga ke akhirnya.

Untuk makluman, pihak AMK Negeri Johor akan terus menggandakan usaha menawan Negeri Johor pada pilihanraya yang akan datang. Pihak kami juga telah bersedia menurunkan calun-calun muda bagi melawan kebejatan UMNO/BN dalam pilihanraya nanti. Wahai anak-anak muda sekalian, marilah sertai kami menjelajah Johor pada siri-siri yang akan datang.


MAJLIS TAHLIL DAN DOA KEATAS ALMARUM P RAMLLE B. SALAM

Tarikh : 24 Mac 2009
Acara : Majlis Tahlil Allahyarham P Ramlee bin Salam
Lokasi :Kediaman En. Salam di Sungai Melayu, Gelang Patah.
Masa : 6 petang.
Untuk maklumat lanjut hubungi Pemangku Ketua Bahagian, En. Manan di 019-7122729 / Sdr. Mohd. Nazri Ismail.
Sila lawati laman AMK Gelang Patah untuk maklumat penuh.

23 - 03 - 2009 Dairi Ketua AMK Johor

5.30 pm
Jawah Gerang sebagai calun Pakatan Rakyat dari KeADILan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai. Juga diumumkan ialah pemilihan saudara Nicholas Bawin sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.
Kini dua kerusi yang diperuntukkan untuk PKR telah diumumkan. Walaupun AMK Johor tidak terlibat secara rasmi ke Sarawak namun saya diberitakan AMK Pusat telah menusunatur jentera ke Batang Ai. Jika terdapat anggota AMK Johor yang ingin berkhidmat , sila hubungi saya atau Sdr. Azam Basri . Saya dimaklumkan kemenangan menakjubkan menanti PKR disana. Malah beberapa kejutan bakal berlaku. Ayuh ranapkan BN.
12.30 pm
Sebentar tadi, seorang Special Branch telah menghubungi saya. Kami bersembang melalui telefon mengenai isu terkini tolakcampur politik tanahair. Saya lebih mengutarakan pentadbiran BN-Umno yang sudah tidak releven dikacamata masyarakat dan media.
Lebih kurang setengah jam perbualan tersebut, rasionalnya kebimbangan pihak berkuasa pada isu-isu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Berkemungkinan mereka bimbang jika Pakatan Rakyat memerintah akan berlakunya jenayah lebih teruk dari yang 'disajikan' oleh BN-Umno. Diakhir perbualan kami, beliau mempelawa saya untuk 'beramah-mesra' dengan pegawai atasannya .
Insyaallah malam ini mungkin saya ketemu mereka. Pengalaman saya yang telah sudah, terlalu banyak intipan dan ugutan tangkapan dilakukan oleh pihak Polis terhadap saya dan rakan-rakan yang lain. Saya berharap tugas mereka tidak berat sebelah semasa menjalankan tugas.
7.41 am
Berapa minggu lepas saya mengupas mengenai dokumen Ketua AMK Kepala Batas yang menjadi kekalutan PKR Pulau Pinang dan beliau dipanggil oleh Lembaga Displin. Saya tidak mahu ulas pekara tersebut, bukan kerana saya takut dipanggil kali ke-2 oleh badan tersebut.
Apa yang ingin saya katakan ialah dua hasil keputusan berbeza.
1. Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana ingin 'menyambung belajar'.
2. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hanya tidak dibenarkan bertanding yang terbukti melakukan rasuah . Tetapi dikekalkan Ketua Menteri Melaka.

Mereka berdua dilibatkan dengan jawatan Timbalan. Saya tidak mengetahui secara terperinci dua permasalahan tersebut. Tetapi PKR adalah parti berjiwa rakyat. Yang bersalah tetap bersalah serta tidak boleh memimpin, kerana rasuah adalah najis segala jenayah dan musuh No. 1 di Malaysia. Dua hasil keputusan tersebut memperlihatkan SPRM semakin dunggu dalam menjalankan tugas mereka.
Amanah dan 'akujanji' sebelum menjalankan tugas tidak dipatuhi. Jika Tun Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhammad Taib tidak reti berbahasa orang putih dan tidak layak menjadi Tmbalan Presiden Umno. Maka SPRM boleh juga dilebelkan sebagai lembu yang tidak pandai membaca. Ratusan lapuran dibuat keatas penjenayah politik BN-Umno tetapi malangnya mereka tidak pandai membaca.
Posted by Dairi AMK Johor
http://amkj.blogspot.com

Arms deal link to death of model

By Michael Sheridan and Matthew Campbell

A FRENCH arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become prime minister of Malaysia next month.
All three have been linked in a sensational sequence of revelations that has convinced many Malaysians that the woman was killed to silence her demands of a share in the rewards of the transaction.
The scandal exploded last week after the French newspaper Libération alleged that the submarines deal and the murder of Altantuya Shariibuu, 28, were connected.
A glamorous, cosmopolitan woman, Altantuya grew up in St Petersburg, spoke Russian, Chinese, Korean and English, moved in elite circles and has been dubbed “a Far Eastern Mata Hari”.
She became the mistress of a Malaysian political fixer and was allegedly trying to extort money from him at the time of her violent demise.
Two members of an elite Malaysian police unit that protects top politicians are on trial in Kuala Lumpur, accused of shooting her in the jungle and then blowing up her body with military explosives.
Azilah Hadri, 32, and Sirul Azhar Umar, 36, officers in the Special Branch, could go to the gallows if convicted of abducting and murdering Altantuya on October 19, 2006. A verdict is expected early next month.
Their trial is unfolding as Najib Razak, the country’s deputy prime minister, stands on the verge of taking over as premier after a ruling-party leadership election, due within days.
Najib was accused by a young opposition MP, Gobind Singh Deo, in parliament, of involvement in the murder. Deo was suspended by the Speaker for making the remark. The deputy prime minister has strongly denied any involvement.
Testimony in an earlier court case has established an intimate personal and financial connection between the dead woman and a close aide to Najib, who was minister of defence at the time of the submarine deal.
The aide, Abdul Razak Baginda, was acquitted by a court last November of being an accessory in the murder. He has since been working on a doctorate at Trinity College, Oxford.
Baginda admitted that the dead woman was his mistress for about a year and prosecutors said she had pestered him for money after their break-up.
Just before her death she arrived in Kuala Lumpur, accompanied by a Mongolian shaman, who was to put a curse on Baginda if he did not pay up.
Altantuya was dragged away from outside Baginda’s home by two Special Branch officers, but he was acquitted after maintaining that he never gave orders for her to be harmed.
The LibĂ©ration exposĂ© linking the murder to the shadowy world of arms contracts has embarrassed the French war-ship firm DCNS. Armaris, a firm now merged with DCNS, sold the three submarines to Malaysia in 2002 for £937m.
Attention has centred on why Armaris paid £107m to a Malaysian company called Perimekar in 2006.
Opposition leaders alleged in parliament that the payment was a “commission” for intermediaries and that Perimekar was secretly owned by Baginda. Najib replied that it was not a “commission” and that Perimekar was a “project services provider”.
LibĂ©ration has alleged that Altantuya, who toured France with Baginda in a Ferrari, wining and dining at expensive restaurants, learnt of the payment. It said she was demanding $500,000 (£345,000).
DCNS has refused to comment. It is already the subject of a French judicial investigation into corrupt practices, thanks to a whistleblower who has detailed bribery and industrial espionage allegations.
Last week, efforts to contact Baginda, a self-styled political analyst, at his new home in Oxford were unsuccessful.
Najib has avoided public comment but his politically influential wife, Rosmah Mansor, told the French news agency AFP that she was “shocked” by attempts to link her husband and her to the case.

Sabtu, 21 Mac 2009

NATIONAL YOUTH CONSULTATION CONFERENCE

Hi all,
Due to popular demand of National Youth Consultation Conference (NYCC) training workshop that we have held last year 20 & 21 Dec, the committees have decided to organize the 2nd NYCC
Training Workshop - Youth Participation: Know your Rights.
Date: 28 & 29 March 2008 (Sat & Sun)
Venue: Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall
Fees: RM10/= per person.
Language: English and Bahasa Malaysia
This is one the activities that we will be organising preparing towards NYCC July 2009.This training aim to raise awareness on the issues of rights and also to stimulate youth participation in the social issues. And we believe each and everyone can play a part in contributing to the society.We also hope that the participants would be able to play a role in the organising the NYCC 2009 in 25 & 26 July, 2009.
Please find attached are copies of the Training Programme, the Registration Form and the Youth Agenda for Change. Please email back the Registration Form by 25 March 2008 (Wed) to y4c2006@gmail.com
Should you have further queries, please contact the undersigned. We are looking forward to meeting you for an exciting and fruitful learning.

Thank you.

Cheers,
See Tho Chee Seong
ChairNYCC Steering Committee
012-6958160

LAPORAN POLIS AMK GELANG PATANG

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah akan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah untuk membuat laporan polis berhubung kematian Allahyarham P. Ramlee bin Salam. Laporan polis akan dibuat pada esok hari (22 Mac 2009) di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru, jam 11 pagi.

Maklumat lanjut sila ke laman AMK Gelang Patah

Jumaat, 20 Mac 2009

TAHNIAH BUKIT SELAMBAU !!

Tahniah dan selamat maju-berjaya buat Sdr. S.Manikumar.

Hari ini beliau diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang .
Manikumar, 35 tahun, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya , menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
Saya akan gerakkan segala jentera AMK Johor untuk membantu kemenangan bersama.
Zabidie Abas
Ketua AMK Johor
Posted by Dairi AMK Johor

PROPEKTUS BAKAL PERDANA MALAYSIA

1. Mungkinkah selepas Pak Lah , Perdana Menteri adalah wanita ?

Khamis, 19 Mac 2009

PENGAMAL RASUAH DIPELAWA MENYERTAI UMNO

1. Telah dibuktikan melakukan rasuah tetapi ingin merayu.
2. Selagi keahlian tidak digantung-lucut beliau berhak bertanding. Walaupun Presiden UMNO menghalang perasuah ini, beliau tetap ada hak .
3. Pihak berkuasa tidak berani menangkap-dakwa beliau kerana kerana 'mereka' takut dengan UMNO.
4. Terbukti bersalah tetapi tidak dihukum. Undi rakyat pasti menghukum BN.
5. Di paparan media tersenyum dan bangga melakukan rasuah. Isteri menanggis entah apa sebabnya.
6. Walaupun 1,000 pemimpin UMNO didapati bersalah merasuah dengan bukti. Mereka tetap berkata " Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dihukum..."
7. Para penyokong-pencacai perasuah ini termenung-binggung kerana akan menambah jumlah penganggur selepas ini.

PENGUMUMAN DUN BUKIT SELAMBAU

Harap maklum bahawa satu majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat akan diadakan di tempat, masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 20hb Mac, 2009
Masa : 10 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

Pengumuman akan dibuat sendiri oleh Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti.

Semua media dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut

Terima kasih.

SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah Pilihanraya Kecil
N25 Bukit Selambau

ARAHAN KE BUKIT SELAMBAU

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua AMK Negeri Johor, mengikut arahan JPRP Pusat telah mengarahkan AMK Johor bertugas di PRK Dun Selambau bermula pada hari penamaan calun pada 29 hb Mac sehingga 7 hb April 2009.

Diharapkan semua Ketua AMK Bahagian dapat turut serta serta menyediakan petugas-petugas bagi membantu dalam PRK itu nanti. Pelbagai tugasan akan diberikan kepada petugas-petugas itu nanti. Ini adalah bertujuan melatih dengan taktik dan teknik yang terkini bagi memenangi PRK tersebut.

Bagi yang ingin turut serta bertugas di sana nanti sila hantarkan maklumat kepada pihak AMK Negeri Johor dengan segera bagi penyusunan tugas di sana nanti.
Azam Basri
Setiausaha AMK Johor

LAWATAN KERJA KE AMK BAHAGIAN-BAHAGIAN

Saya selaku Setiausaha AMK Johor telah melakukan lawatan kerja ke Bahagian Simpang Renggam, Kulai, Pasir Gudang, Kluang, Tenggara dan Sekijang pada 13 hb Mac hingga 16 Mac 2009 yang lalu.

Hasil lawatan ini amat memberangsangkan kerana AMK Bahagian telah memulakan langkah bagi menjalankan aktiviti penerangan di peringkat bahagian. AMK Kulai telah membuat sidang akhbar di dataran Sg Segget Johor Baharu berkaitan dengan keadaan Sg Segget dan sidang akhbar di Bandar Putra, Kulai dengan masalah gagak.

Bagi AMK Pasir Gudang pula telah menggerakkan majlis ceramah umum dengan menampilkan Chegu Bard dan barisan pimpinan AMK Negeri. Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada program tersebut namun AMK Pasir Gudang tetap meneruskan dan jumlah bilangan hadirin semakin bertambah. Syabas diucapkan kepada AMK Pasir Gudang yang diketuai oleh Sdr Noorhadi Mat Isa.

AMK Kluang bersama PKR Bahagian telah mengadakan satu program penerangan kepada masyarakat Cina di pejabat PKR Kluang. Program tersebut telah penuh sesak dengan jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan. Walaupun pada dasarnya program ini untuk masyarakat Cina, jumlah kehadiran masyarakat melayu juga ramai. Ini menunjukkan bahawa PKR ini diterima oleh semua kaum.

Chegu Bard juga dijemput menyampaikan ceramah oleh AMK Tenggara. Program tersebut telah dianjurkan oleh AMK Tengggara yang diketuai oleh Sdr Arbain Sabar. Penerangan Chegu Bard amat dinantikan oleh pengundi-pengundi di kawasan Tenggara kerana mereka dapat maklumat yang begitu tepat tidak seperti yang di war-warkan di media-media pro kerajaan. Tahniah kepada AMK Tenggara.

Saya telah dipanggil ke Bahagian Sekijang bagi membincangkan proses pembentukan semula struktur Jawatankuasa di peringkat bahagian dan AMK. Pada masa ini, Sekijang akan dipimpin oleh Sdr Subuh yang akan mengambil alih jawatan Ketua Bahagian. Beliau akan menyusun Jawatankuasa di peringkat bahagian dan AMK dengan kadar segera.


Sabtu, 14 Mac 2009

SAY 'NO' TO NAJIB


1. Pihak berkuasa yang menjalankan tugas-tugas keselamatan kian berminta menjadi agen BN-UMNO. Saban hari mentelaah blog-blog.
2. Kadar penceraian, jenayah, pesalah lalulintas kian bertambah. Malah mereka bangga memaparkan angka rogol, kemalangan, kecurian dan jenanyah di media.
3. Sana-sini pegawai kerajaan Johor bercerita keburukkan Pakatan Rakyat. Jenayah yang pelakunya BN-UMNO yang telah dibuktikan dan berdokumen disimpan bagai kertas lusuh.
4. Walaupun isu kapal selam dan Altantuya tersebas luas. Setiap hari didedahkan fakta dan angka, pihak berkuasa masih berdiam diri.
5. Bagi mereka layaknya penjenyah, perasuah dan penculik ADUN wajar menjadi Perdana Menteri. Pastinya 'mereka' berkehendakkan Malaysia kelembah kehancuran dan menjadi 'negara penjenayah'.
6. Mencari rezeki mudah di Malaysia. Melakukan rasuah juga mudah di Malaysia kerana pelaku rasuah mendapat permit khas dari pihak berkuasa.

Punahlah anakbangsa. Malaysia yang makmur diambang kedurjanaan. Mari bersama membina Malaysia Baru dengan iltizam , usaha dan kecekalan. Say No To Najib

Jumaat, 13 Mac 2009

BULAN KERASULAN

Para Alim-Ulama mengelarkan bulan ini sebagai bulan kerasulan. Ia sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 'tahun gajah'.
Lantaran itu, iktibar dan garis-panduan menyeluruh perlu dijadikan tauladan. Niatusaha yang selari kearah masadepan yang harmoni perlu dimantapkan. Ibadat yang konsistan dan istiqamah dalam perjuangan murni perlu dikendung selagi hayat dikandung badan.
Hanya 13 tahun menjalankan dakwah-perjuangan, baginda dapat memberi sinaranNya hingga ke hari ini. Lantaran itu, AMK Johor dan semua diingatkan agar sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai panduan hidup agar hidup kita dan generasi perolehi nikmat hidup yang sejati. Usah tunduk pada kebatilan kerana 'mereka' yang menegakkan kebatilan adalah musuh Allah, negara dan bangsa.

Posted by Dairi AMK Johor
http://amkj.blogspot.com/

Khamis, 12 Mac 2009

Sidang Media

Dua Sidang media akan diadakan :-
1. Sidang Media Masalah Isu Pengairan
Tarikh : 14/03/2009
Masa : 10.00 am
Lokasi : Hadapan CIMB , Jalan Sg. Segget, Johor Bahru
2. Sidang Media Masalah Ketenteraman Awam
Tarikh : 15/03/2009
Masa : 10.00 am
Lokasi : : Hadapan Caltex, Bandar Putra, Kulai, Johor.
Semua pendokong keadilan, wartawan dan ahli Pakatan Rakyat dipelawa hadir.
Pihak Polis tidak perlu 'berhempas-pulas' kerana sidang ini tidak melibatkan pertuduhan rasuah terhadap BN-UMNO.
Posted by Dairi AMK Johor
Hubungi : Sdr. Zabidi Abbas

Rabu, 11 Mac 2009

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU ’09)

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU ’09)

1.YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan
Ucapan dan Perasmian
2. YB DATO’ SERI ANWAR BIN DATO’ IBRAHIM
UCAPTAMA
KRISIS EKONOMI SEJAGAT : CABARAN DAN HALUAN
3. YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO’ MUHAMAD ALI BIN HJ HASHIM
Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia
Ketua Eksekutif Johor Corporation
KERTAS KERJA I:
PENGUASAAN 65 % EKONOMI UMMAH, MELALUI WAQAF & JIHAD BISNES
4. YANG BERBAHAGIA PROF DR HJ ANUAR BIN AHMAD
Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Industri Selangor (UNISEL)
KERTAS KERJA II:
BUDAYA BISNES & PEMBUDAYAAN BISNES; STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI
5. YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI NIK YUSOF BIN NIK ISMAIL
Pengerusi Biro Pembangunan Insan DPIM Selangor
Ringkasan Eksekutif Wacana Ekonomi Ummah 2009


TARIKH : 28 hb Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430 (SABTU )
MASA : 8.30 Pagi – 1.00 tengahari
LOKASI : Universiti Industri Selangor (UNISEL), Seksyen 7, Shah Alam , Selangor D.E.
Disertakan Yuran penyertaan berjumlah ;
- RM 100 .00 Untuk 5 peserta
- RM 200.00 Untuk 10 peserta
Hubungi :
Tel : 03- 4023 5155 Fax : 03 - 40234155
Laman web:http://wacanaekonomiummah.blogspot.com
http://www.dpimselangor.org.my
Email : weu2009@yahoo.com
Yahya Sahri ( 019-2576397, 012-2839957 )

Altantuya; Ketua AMK disoal siasat esok

Pendedahan kes bunuh Altantuya
Ketua AMK disoal siasat esok Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta untuk menjalani sesi soal siasat oleh pihak polis. Soal siasat ini adalah berhubung dengan laporan polis yang dikemukakan AMK bersabit pendedahan akhbar French Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.Beliau dijadualkan akan hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara di Jalan PJU 17/6 (berhampiran Tesco Mutiara Damansara)
Pada jam 11 pagi, 12 Mac 2009 (Khamis).
Shamsul juga akan memberikan kenyataan media berhubung perkembangan susulan berkenaan pendedahan terbabit. Sila hadir beramai-ramai sebagai tanda soladiriti. Pihak media KECUALI Utusan Malaysia dijemput untuk membuat liputan.
Sekian, terima kasih.
Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155

LEMBARAN KETUANAN RAKYAT


Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan wujud rundingan sulit antara Abdullah dengan Anwar seperti dispekulasikan oleh seorang penulis politik.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.
Bagaimanapun satu sumber dekat dengan Anwar , satu pertemuan tertutup dengan Abdullah berlangsung atas permintaan Syeikh Mahmud. Pertemuan selama 20 minit itu membangkitkan beberapa isu, antaranya penyerahan kuasa Abdullah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ia sudah terlambat," kata perdana menteri, apabila dipersoalkan oleh Anwar berhubung kelayakan Najib memimpin negara.Abdullah juga didakwa memberitahu Anwar bahawa masih ramai ahli-ahli parlimen Umno yan g setia padanya walaupun parti itu bakal diketuai oleh Najib bulan depan. Dalam pertemuan itu juga, perdana menteri dan penasihat PKR berjanji untuk sentiasa membuka ruang berkomunikasi antara mereka berdua.

Isnin, 9 Mac 2009

Cerpen Zionis Malaysia : Arnaud Dubus ( Altantuya) Vs Najib Tun Razak ( Razak Baginda )


Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

International Women's Day 8 March

Message of UNFPA Executive Director, Thoraya Ahmed Obaid

Today on International Women’s Day, let us unite to end violence against women and girls.
Whether it is human trafficking, domestic violence, crimes committed in the name of honour or passion, child marriage, female genital mutilation/cutting, or sexual violence, which in many conflict situations has reached alarming proportions, violence against women and girls constitutes a shameful crime that is too often shrouded in silence and too seldom punished.
Today, we call on all political leaders, community leaders and religious leaders to stand up against the violence to which women and girls are subjected. We call for public dialogue and open debate. We urge authorities in all countries to enact and enforce laws to bring justice to offenders, and to provide health services and social support to survivors.
We pay tribute to the women who have provided leadership on this issue and we urge more men and boys to use their influence for positive change.
Together, we can change social norms and attitudes that condone discrimination and violence against women and girls. Together, we can strengthen legal systems, access to justice and the rule of law for protecting and upholding human rights. Together, we can provide social support and health services to survivors. We need to guarantee the right to sexual and reproductive health, and provide information and services for family planning, safe motherhood and HIV prevention.
Violence against women and girls is not a women’s issue—it is an issue that concerns and diminishes us all. No custom, tradition or religion can justify cruel and degrading treatment.
Today, let us stand in solidarity with women and girls who deserve to live in dignity, free of fear and shame. Let us champion zero tolerance of violence against women and girls in our homes, schools, places of work and worship, our communities and nations. It is time for men and women, and boys and girls to work together to end these shameful violations of human rights.
Today and everyday, UNFPA, as part of the United Nations, will support country efforts to eliminate violence against women and girls, and to advance women’s empowerment and gender equality and reproductive health and rights.

Khamis, 5 Mac 2009

Najib on Paris

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.
Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Dairi Ketua AMK Johor

9.39am

Saudara Zabidie,
Harapan saya selaku rakyat marhaen, jika PR mengambil alih Putra Jaya akan ada satu dasar yang betul2 akan dapat memberi “kesamarataan” kepada semua rakyat malaysia.Saya hanya mampu memerhatikan, samada PR betul2 melaksanakan apa yang dikatakan “ketuanan rakyat” seperti yang dilaung2kan selama ini, ATAU PR sebenarnya adalah klon kepada BN yang sudah memerintah 51 tahun. Maklumlah, BN sudah tua, PR nampak “remaja” di mata rakyat. Takut2 buat benda yang sama akhirnya.Terutamanya, PKR, walaupun parti berbilang kaum, harus membuang imej UMNO.
Tapis pemimpin2 tertinggi terutamanya “bekas” pemimpin UMNO yang diterima masuk, kerana mereka akhirnya akan membawa perangai UMNO ke dalam parti anda. Saya melihat PAS amat konsisten dengan perjuangan mereka walaupun ditawar wang dan kuasa. Tengok apa jadi dengan wakil PKR dan DAP di Perak sehingga sanggup “lompat parti”. Mereka ini “Lemah dalam perjuangan”.Mungkin juga dasar kerajaan selama ini yang dianggap “Aparteid” oleh PR akan lagi dikitar semula jika PR diamanahkan oleh rakyat. Mungkin hanya diberi penjenamaan baru sahaja.Satu lagi, ketuanan rakyat memang wujud, tapi bukan di Malaysia.
Contoh terdekat, Indonesia dan Filipina. Ketua kerajaan yakni Presiden terus dipilih oleh rakyat. Sehinggakan siapa2 dari kalangan rakyat waima bekas pelakon pun, berpeluang menjadi Ketua Kerajaan.
Itulah ketuanan rakyat yang diperjuangkan oleh golongan2 tertentu di negara ini.Maka, berani kah kita semua membuat perubahan???Saya berdoa ianya tidak akan berlaku. Harap2 “ketuanan rakyat” slogan ciptaan DSAI hanyalah satu reformasi pada “ketuanan melayu” yang sedia ada.
Kita tunggu dan lihat!!!
Nurulamin Abu Bakar
*
07.27 am
Sebenarnya, apartheid dimulakan untuk membantu Bumiputera Orang Putih di afirka Selatan dengan konsep "separate development", makna pembangunan juga untuk kaum masing-masing sebaik Ketuanan Afrikaner ditegakkan (Orang Putih berketurunan Belanda). Tetapi dasar apartheid lama-lama menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan sosiekonomi dan poltik segelitir elit berkuasa (pada wanktu itu minoriti orang putih) apabila mengabaikan kepentingan majoriti orang hitam, Orang Melayu Cape, orang india, dan orang hitam. Makna apartheid bermaksud Bumiputeraism disalhgunakan untuk kepentingan segelintir elit berkuasa, di dalam konteks Malaysia Umnoputera+MCA+MIC.
Dr. Boo Cheng Hau
*
YB Dr. Boo dan rakan-rakan.
Tidak mengapa jika diasaskan oleh entiti mana. Sejarah meningkatkan ilmu dan sepadan kepada kenistaan. Secara jujur sebagai melayu-bumiputera saya lihat sistem quota menyebabkan bangsa melayu-bumiputera menjadi pasif. Aparteid kaum cina juga berlaku di Singapura. Di Indonesia, masyarakat kaum cina terpaksa mengunakan nama pribumi untuk mengecapi sedikit advantage. Masyarakat mat black sudah dinaik taraf di barat. Si Obama memecah dominasi perkauman minoriti, dan banyak mat black lain telah banyak menjadi Trillionair.
Golongan bangsa tertekan-tertindas lebih berjaya pada amnya. Pasti conggakan saya, melayu-bumiputera akan kecapi kecemerlangan jika menjadi bangsa tertinggal.
Perkiraan saya, tidak perlu diperdebatkan Aparteid ini dengan BN-UMNO. Kita kuasai sahaja Putrajaya dan hapuskan sistam quota-aparteid. BN-UMNO tidak pandai berdebat !
Posted by Dairi AMK Johor
http://amkj.blogspot.com

Rabu, 4 Mac 2009

ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR CABAR PEMUDA UMNO JOHOR BERDEBAT

ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR CABAR PEMUDA UMNO JOHOR BERDEBAT

Berikutan beberapa isu di Negeri Johor ini sering diputarbelitkan oleh kepimpinan Umno/BN, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mencabar kepimpinan Umno termasuk kepimpinan Pemudanya untuk berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu di Negeri Johor.

Seiring dengan cabaran Sdr. Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS) yang mencabar Umno berdebat, AMK Johor juga senada dengan beliau dan bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja dari Umno. Tindakan kepimpinan Umno Johor menyelewengkan fakta beberapa isu perlu diperjelaskan kepada seluruh rakyat Johor.

Tindakan beberapa kepimpinan Umno mentafsirkan isu apartheid dari sudut perkauman amatlah merbahaya. Dikhuatiri isu ini disalah tafsirkan oleh masyarakat dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan masyarakat itu sendiri. Sedangkan isu tersebut lebih menjurus kepada sudut ekonomi dan tujuan Dr. Boo mengaitkan isu apartheid - bumiputraisme adalah untuk membela nasib pelabur Amanah Saham Johor dan Dana Johor.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat memperjelaskan isu ini kepada masyarakat Johor dan beberapa program juga telahpun disusun untuk tujuan penerangan mengenai beberapa isu terutamanya isu Iskandar Malaysia.

Justeru itu kami mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka dan nyatakan sahaja tarikh, masa dan kami mengesyorkan agar debat tersebut dibuat di tempat yang terbuka bagi memberi peluang kepada seluruh masyarakat Johor mengikuti debat tersebut.

Mohamad Nazri Ismail
Naib Ketua AMK Negeri Johor
017-7358397

Per: Penyiasatan SPRM keatas laporan Polis 22807/08

Izinkan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut.
Latar Belakang
2. Saya telah membuat Dang Wangi Report No:22807/08 pada 1.7.2008 kandungan yang mana seperti dalam “Ekshibit-A”. Dalam laporan tersebut , saya telah mendakwa Gani, SAC I Musa Hassan (“Musa”)(sekarang Tan Sri Ketua Polis Negara), seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (“Dr.Rahman”) dan Pegawai Penyiasatan kes mata-lebam 1998, ACP Mat Zain bin Ibrahim (“Mat Zain”)(sekarang Dato, dan telah bersara), kerana secara aktif dan bersama-sama memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan kecederaan keatas diri saya setelah dibelasah oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor(TSRN) Ketua Polis Negara ketika itu, dalam kes “mata-lebam 1998”tersebut.
a) Siasatan ke atas laporan saya ini dilaksanakan oleh SPRM (ketika itu Badan Pencegah Rasuah-BPR).
b) Beberapa banyak kenyataan media berhubung status siasatan ini telah dibuat oleh antaranya YAB Perdana Menteri (“PM”), beberapa menteri kabinet, dan termasuk oleh Gani, Musa, dan Ahmad said sendiri. Dalam bulan November/Disember 2008, Ahmad said telah membuat kenyataan media ketika di Sarawak, menyatakan yang SPRM telah selesai menjalankan siasatan kes ini, dan akan merujukkan hasil siasatan berkenaan kepada “panel” SPRM untuk kajian mereka.
c) Kenyataan berkaitan panel yang disebut oleh Ahmad said agak longgar kerana tidak merujuk kepada semua kenyataan dan dokumen berkaitan. Justeru itu, saya memohon pertimbangan Ahli Panel SPRM meneliti kes ini dengan adil dan saksama.
Hasil siasatan yang wajar/berhak diharapkan daripada SPRM
3. Rayuan ini berkaitan dengan kegagalan siasatan dan tindakan sebelumnya. maka saya berhak meletakkan harapan bahawa SPRM akan menyempurnakan tanggungjawab dengan telus dan tegas; di antaranya menjelaskan:
a) Bahawa Dr.Rahman telah diarah dan/atau dipaksa dan/atau didorong oleh Gani untuk menyediakan dan/atau mereka dua (2) atau lebih laporan kecederaan ke atas saya dalam kes “mata lebam 1998” itu, sekalipun Gani mengetahui Dr Rahman tidak pernah memeriksa saya secara fizikal.
b) Dikemukakan untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-B” salinan rekod prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat kecederaan saya, yang mengesahkan telah melibatkan sebanyak dua (2) laporan kecederaan ke atas saya yang telah disediakan oleh Dr.Rahman untuk Jabatan Peguam Negara, bertarikh 2 Oktober 1998 dan satu (1) lagi laporan tidak bertarikh seperti yang digunakan sebagai Ekshibit A9 dalam laporan Suruhanjaya Di Raja tersebut itu.
c) Dikemukakan untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-C”, iaitu salinan laporan kecederaan yang tidak bertarikh dan digunakan dalam Suruhanjaya Di Raja tersebut. Dr. Rahman telah mengesahkan dalam laporannya yang beliau telah dilantik sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) (“TSMA”), Peguam Negara itu, telah menyediakan laporan kecederaan berkenaan.
d) Dikemukakan pula untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-D”, iaitu salinan laporan kecederaan ke atas saya, bertarikh 26 Oktober 1998, disediakan oleh Dr Rahman atas arahan Gani sendiri. Untuk makluman Y.A.Bhg.Tun, laporan kecederaan ini dipercayai disembunyikan oleh Gani atas sebab-sebab yang beliau sendiri ketahui dan tidak dikemukan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja. Untuk makluman juga, saya memperolehi salinan laporan kecederaan ini daripada SPRM sendiri ketika memberi keterangan saya kepada pihak mereka dalam bulan Julai 2008.
e) Tanpa rasa ragu saya tegaskan bahawa Gani telah menyembunyikan keterangan yang penting ini, untuk mengelakkan dirinya sendiri atau orang/orang-orang lain daripada dikenakan hukuman jenayah. Perbuatan Gani sedemikian ini adalah salahguna kuasa seperti yang ditakrifkan dalam Akta SPRM dan/atau salah laku jenayah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan atau kedu-duanya sekali.
Tindakan susulan SPRM yang diharapkan darinya
4. Tanpa mengambil kira keterangan-keterangan lain dalam kes ini pun, keterangan berkaitan laporan-laporan kecederaan seperti yang dijelaskan di atas, sudah mencukupi untuk SPRM membentuk suatu kes “prima facie” terhadap Gani kerana memberi dan/atau mereka keterangan palsu dalam kes mata lebam 1998 tersebut. Malah tatkala memberikan keterangan kepada pegawai-pegawai BPR; saya juga telah merujuk kepada beberapa dokumen lainnya termasuk dokumen peguam Manjeet Singh Dhillon mengenai percubaan Gani memalsukan keterangan dalam kes Nallakarupan. Selanjutnya saya juga telah mengemukakan laporan polis berkaitan ACP Koh.
a) Saya menegaskan bahawa dalam siasatan ini, Ahmad said tidak ada pilihan melainkan untuk mengenakan pertuduhan mereka keterangan palsu di bawah Kanun Keseksaan terhadap Gani dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengan Gani tanpa lengah lagi.
5. Ahli Panel dipohon memastikan tidak ada keterangan dokumen yang diketepikan oleh Ahmad said atau SPRM tatkala membuat penilaian.
Penutup
6. Untuk makluman Y.A.Bhg.Tun, kini telah genap lapan (8) bulan semenjak saya membuat laporan polis di atas pada 1.7.2008. Malangnya, sehingga kini Ahmad said gagal untuk memaklumkan hasil siasatan beliau, sedangkan pihak SPRM sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan kes ini telah selesai sejak 22 Julai 2008, menerusi kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Walhal terdapat beberapa kes lain pula, Ahmad said boleh membuat kenyataan umum berkaitan keputusan siasatan kes berkenaan selang beberapa hari sahaja selepas siasatan dimulakan. Saya ulangi gesaan agar tindakan memalsukan keterangan dan menyalahgunakan kuasa tidak dilindungi samada melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara atau Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri.
7. Saya akan mengemukakan keterangan dan dakwaan lanjut disertakan ekshibit berkaitan. Insyaallah keterangan lain akan menyusul kemudian. Saya hanya mampu mengharap agar Y.A.Bhg.Tun memberikan saya pendengaran yang adil. Kebimbangan tersebut adalah berasas malah kita dapati kaedah sama digunakan sebagai muslihat dalam kes-kes terhadap saya berikutnya.
Sekian.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Selasa, 3 Mac 2009

Kenyataan Media 'Sindrom UMNOISME'

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
2 Mac 2009
Ahmad Said pengecut, diserang ‘sindrom UMNORISME’

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar keras kenyataan balas yang dikeluarkan secara biadap oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan seperti yang disiarkan di dalam The Sunday Star, 1 Mac 2009.
Beliau yang mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang 'bodoh dan kebudak-budakan' jelas menggambarkan kejengkelan pemikiran beliau yang sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk memimpin badan bebas seperti SPRM.
Apa yang dilakukan oleh AMK telah dijelaskan sebelum ini, bahawa ia adalah satu bentuk peringatan dan sindiran kepada SPRM agar lebih profesional di dalam mengendalikan kes-kes yang dikemukakan kepada SPRM. SPRM perlu membebaskan diri mereka daripada menjadi lembu dicucuk hidung.

Apa yang mengelirukan ialah, SPRM begitu mudah melakukan pendakwaan terbuka kepada mana-mana pemimpin atau ahli Pakatan Rakyat yang disyaki, tetapi mereka membisu seribu bahasa apabila berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan Umno-BN.

Puluhan malah ratusan kes membabitkan pimpinan Umno-BN berserta bukti dan fakta-fakta imperikal yang telah dikemukakan oleh AMK dan Pakatan Rakyat sebelum ini, tetapi tidak ada satupun kes yang didedahkan hasil siasatan, malah tidak ada satu pun kes yang berjaya dibawa ke mahkamah!

Ahmad Said dikhabarkan telah membuat laporan polis kononnya tindakan AMK itu dilihat sebagai 'penghinaan kepada penjawat awam'. AMK menegaskan bahawa AMK tidak gentar dengan sebarang laporan polis yang dibuat oleh Ahmad Said malah sesiapa sahaja yang mempertikaikan tindakan AMK yang bertujuan untuk memperingatkan mereka. AMK mencabar Ahmad Said untuk membawa kes ‘membawa lembu’ ini ke mahkamah.

AMK ingin mengingatkan kepada Ahmad Said dan SPRM seluruhnya bahawa mereka menjunjung amanah rakyat yang besar nilainya, selari dengan status mereka sebagai 'public servant' atau 'hamba kepada rakyat'. Tanggungjawab mereka adalah terus kepada rakyat, bukan kepada pemerintah Umno-BN sebagaimana yang dilakukan sekarang. Ini adalah kerana setiap sen gaji yang diperolehi mereka adalah merupakan hasil yang diperah daripada titik peluh rakyat yang tegar membayar cukai saban tahun.

AMK akan terus mendepani gerakan rakyat untuk memperingatkan SPRM khususnya Ahmad Said agar mereka lebih telus dan adil di dalam sebarang tindakan yang diambil mereka. AMK masih mempunyai keyakinan kepada sistem yang sedia ada meskipun ia telah terpalit teruk dengan 'Umnorisme'.

AMK mengulangi cabaran kepada Ahmad Said untuk mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang melibatkan pimpinan Umno-BN seperti pendedahan laporan Ketua Audit Negara, puluhan kes rasuah yang membabitkan Khir Toyo, kes rasuah pembelian Eurocopter dan kapal selam Scorpene, penyelewengan wang royalti minyak negeri Terengganu, dan puluhan lagi kes yang pernah dikemukakan oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Isnin, 2 Mac 2009

TIMAH BUKAN PERAK

By : Dr. Mahathir Mohamad on February 22, 2009

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?
5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.
6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.