Poster dan sepanduk banyak termusnah akibat hujan kelmarin. Kami sepakat memasang semula dan menyerang dakyah kotor BN-Umno. Kami tidak leka dengan laporan media bahawa PKR ketinggalan 8% dari segi pantauan undi. Walaupun ianya perang psikologi media BN, kami dari Johor menganggap sebagai ubat penyuntik untuk berkerja lebih kuat.
Malam tadi saya terkejut, teringin juga melihat-dengar hulubalang BN-Umno berceramah. kedengaran suara lantang bak pendekar. Saya bergegas ke lokasi. Rupa-rupa rakaman CD sahaja. Aduh, mereka mengunakan pendekar plastik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan