Sabtu, 4 April 2009

PENIAGA PASAR LUBUK ANTU MENYINDIR KEHADIRAN ALFRED JABU & PEMIMPIN BN

Peniaga-peniaga pasar Lubuk Antu pagi ini telah mengadu kepada unit risik AMK Sdr. Uda dengan menyindir pemimpin BN bersama Tan Sri Alfred Jabu semalam di kedai Seni Budaya Sarawak kerana baru nampak muka bila ada pilihanraya. Peniaga tersebut juga menempelak pengiring BN kerana memperkenalkan kehadiran Alfred Jabu kepada peniaga serta meminta peniaga tersebut menjual barang dengan harga muarah kepada Jabu.
Peniaga yang tidak mahu dikenali telah meletakan harga biasa RM600 tanpa diskaun untuk satu tongkat yang dijual kepada pemimpim BN kerana peminpin BN adalah kaya raya. Bukan senang pemimpin BN mahu datang hendak datang kawasan ulu ini hanya bila ada pilihanraya sahaja mereka kelam kabut muncul.
Peniaga turut menyatakan semua peniaga di Lubuk Antu akan membantu berkempen kepada pembeli agar mengundi PKR yang menjadi harapan perubahan rakyat Sarawak terutama dalam isu harga barang yang gagal diturunkan oleh KPDN.
Posted by Ketua AMKWP

Tiada ulasan: