Khamis, 9 April 2009

Catatan Ketua AMK Johor 09 April 2009

Ilmu perlu dipertingkatkan melalui membacaan, penulisan dan penyelidikan.
Golongan muda-mudi kini boleh dikatakan rata-rata telah menjadikan budaya membaca sebagai hobi setiap masa. Perkembangan ini memangkinkan negara kearah perubahan daripada kongkongan media pandang-dengar dan akhbar. Budaya membaca mematangkan daya komunikasi dan pertimbangan membuat keputusan.
Penulisan generasi muda kini juga kian bertambah baik. Kini telah banyak golongan ini telah menerbitkan novel, artikel, jurnal tempatan dan antarabangsa dan buku ilmiah. Golongan politikus yang asyik bercakap dan menghentam individu kian ketinggalan oleh kelompok berilmu.
Penyelidikan pula hasil daripada pembacaan, penulisan dan inisitif kearah kemajuan. Ianya dipraktikan di Eropah dan negara maju seperi Jepun juga Korea. Individu dan kelompok yang menjadikan budaya penyelidikan sebagai asas gerakkerja amnya memperolehi kecemerlangan.
*
Posted by Dairi AMK Johor

1 ulasan:

King Castle berkata...

AMK JOHOR HEBAT. TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENAWAN JOHOR DI PRU-13. KITA TUMBANGKAN UMNO DI KUBU KUAT MEREKA DI JOHOR.